• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas MMMSL, Prasarana Intai Projek Lain Di Saudi

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Selepas mempamerkan keupayaannya mengendalikan tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) kini cuba mengintai peluang untuk terbabit dalam projek lain di negara ini.

Ia termasuk pengendalian operasi projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain yang menghubungkan dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah, yang dilihat sebagai satu lagi projek yang mampu memperkukuhkan kedudukan dan reputasi Prasarana dalam industri itu di luar negara.

Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata maklum balas positif kerajaan Arab Saudi terhadap prestasi cemerlang anak syarikat Prasarana, Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME) mengendalikan operasi MMMSL menjadi landasan terbaik untuk syarikat itu mengembangkan sayapnya di sini.

“Selain MMMSL, kita ada projek konsultasi bersama Metro Makkah, namun ia ditangguhkan sementara atas sebab-sebab tertentu. Malah, kita turut menerima tawaran bekerjasama dalam projek kereta api lain (di Arab Saudi).

“Insya-Allah, kita mengambil pendirian positif dalam perkara ini dan cukup berkeyakinan untuk terus diberikan peluang oleh Arab Saudi untuk mengembangkan operasi di negara ini bersandarkan kepada pengalaman dan kepakaran yang dimiliki,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Operasi Tren MMMSL Musim Haji 2017, di sini Ahad.

Menurut laporan berita tempatan (Arab News), projek Haramaian yang menghubungkan Makkah dan Madinah menerusi laluan sepanjang 450km akan beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.

Ismail berkata kemampuan Prasarana mengendalikan operasi MMMSL sejak 2015 telah berjaya ‘membuka mata’ Arab Saudi terhadap keupayaan ‘Anak Malaysia’ mengendalikan perkhidmatan kereta api berteknologi tinggi.

Katanya status Malaysia sebagai sebuah negara Islam juga dilihat sebagai satu kelebihan kepada Prasarana untuk mendapatkan projek-projek di negara ini.

Selain itu, katanya keberadaan Prasarana di Arab Saudi yang membawa jenama Malaysia telah memberi impak positif terhadap imej negara di peringkat antarabangsa, apatah lagi MMMSL mendapat tumpuan dunia, khususnya dalam kalangan negara Islam.

“Justeru, tanggungjawab berat kita untuk terus membina jenama ini. Di Arab Saudi, kita mendapat kerjasama penuh pelbagai agensi berkaitan, termasuk Kedutaan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Ismail Adam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd