• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganjaran Istimewa Menanti Atlet Bawah KPT

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjanjikan ganjaran istimewa kepada atlet institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berjaya menyumbang pingat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata jumlah dan jenis imbuhan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada temasya kali ini, atlet IPT menyertai 33 acara daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan.

“Sebagai penghargaan, kami akan tentukan bagaimana insentif boleh diberikan agar sumbangan pingat dan semangat patriotisme mereka kepada negara terus meningkat,” kata Idris kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat kementerian itu di sini hari ini.

Sehingga kini, atlet IPT telah menyumbang 39 pingat emas, 31 perak dan 27 gangsa dalam pelbagai acara seperti memanah, renang berirama, bola jaring dan pelayaran, katanya.

“Kejayaan itu membuktikan kementerian tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan sektor akademik sahaja, kita turut beri keutamaan dalam bidang sukan,” katanya, sambil menambah 264 atlet daripada 874 atlet Malaysia yang menyertai KL2017 adalah penuntut IPT.

Mengenai sambutan kemerdekaan ke-60 negara, Idris berkata kejayaan yang dikecapi negara ketika ini perlu diterjemahkan dalam konteks lebih luas iaitu keperluan untuk menfokuskan kepada sistem pendidikan tinggi yang terbaik di persada antarabangsa.

Beliau berkata KPT kini berada di landasan tepat ke arah mendepani cabaran semasa terutama dalam aspek melahirkan graduan yang berkualiti, holistik dan berciri seimbang dalam aspek ilmu, sukan, akhlak serta mempunyai sahsiah yang tinggi.

Idris berkata kementerian itu juga bersedia mengadaptasi teknologi dalam pendidikan bagi keperluan masa depan negara yang kerangka kerja atau kertas kabinet Pendidikan 4.0 dijangka dapat dibentangkan untuk perhatian kerajaan sebelum Oktober depan.

“Kertas Kabinet itu akan menggariskan kerangka atau panduan pendidikan tinggi negara dalam mendepani cabaran serta memenuhi keperluan Industri 4.0,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd