• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pintu Masih Terbuka Untuk Komalam – Karim

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelari pecut S. Komalam Shally yang digugurkan daripada skuad SEA Games masih berpeluang mewakili negara dalam pertandingan akan datang, kata Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim.

Beliau berkata atlet berusia 29 tahun itu boleh meneruskan latihan untuk Sukan Asia Jakarta tahun depan dan Sukan SEA Manila 2019 dan sekiranya atlet itu memenuhi tahap kelayakan, beliau boleh disenaraikan semula ke dalam skuad.

“Saya telah bercakap dengan Komalam dan pihak kami tiada masalah dengannya, beliau masih boleh meneruskan latihan untuk Sukan SEA atau Sukan Asia akan datang. Asalkan beliau layak dan memenuhi standard ditetapkan dan mematuhi SOP (prosedur operasi standard), semuanya ok,” katanya kepada Bernama.

Komalam yang pada awalnya disenaraikan untuk 200m wanita dan 4x100m lari berganti-ganti digugurkan daripada skuad beberapa minggu sebelum temasya itu berikutan masalah disiplin yang tidak diketahui.

Keputusan itu menyaksikan kuartet wanita dibarisi Fathin Faqihah Mohd Yusof, Siti Fatima Mohamad, Azreen Nabila Alias dan Zaidatul Husniah Zulkifli gagal mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi pada Sukan SEA Singapura 2015, selepas menduduki tangga tercorot antara lima pasukan yang bertanding, dengan catatan masa 45.39s.

Sementara itu, Komalam yang terlepas peluang untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri, tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai satu rintangan, sebaliknya mahu terus fokus pada kejohanan akan datang.

“Mungkin saya tidak bertuah untuk bertanding di sini, tetapi saya tidak mahu berputus asa oleh keadaan itu, tetapi ada rasa terkilan pada rakan sepasukan saya. Saya akan berlatih dengan gigih untuk melayakkan diri ke Sukan Asia pada Ogos tahun depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pelari pecutSukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muhammad Haiqal Individu Terpantas Asia Tenggara

09/12/2019
0

PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi muncul sebagai individu terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih emas acara 100 meter...

Cabaran Jonathan Nyepa Di Napoli Berakhir

10/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Cabaran jaguh pecut negara Jonathan Nyepa dalam acara separuh akhir 100m lelaki di Sukan Universiti Dunia di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd