• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenama Mak Cun Bakal Tawan New York?

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU dulu ada telemovie raya Mak Cun Pi New York kesinambungan bagi cerita Mak Cun 2, kali ini Mak Cun betul-betul akan berada di sana.

Jenama Mak Cun yang dikenalkan oleh Erma Fatima sangat sinonim dengan fesyen-fesyen Melayu zaman dulu-dulu. Haaa.. jangan terkejut kalau lepas ini terjumpa orang sana memakai baju kurung, kebaya mahupun kebarung.

Mana taknya, sekarang ini pengarah dan pelakon Erma Fatima menyertai program Malaysia Fashion & Business Mission to New York. Tapi katanya bukanlah untuk jadi pereka fesyen, sebaliknya menjadi usahawan dengan menggunakan peluang yang diberikan oleh Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati).

“Saya bukan nak jadi pereka fesyen. Saya ambil peluang ini kerana suka dan ia benda baru yang menyeronokkan.

“Yang paling penting saya dapat peluang perniagaan untuk membawa jenama Mak Cun ke serata dunia.

“Bukan sahaja fesyen tapi saya juga boleh bawa produk-produk Mak Cun terutamanya nasi beras perang,” katanya dipetik laporan mStar online.

Erma mengakui walaupun ada sesetengah pihak menganggap jenama Mak Cun itu kekampungan, dia tekad untuk membawanya ke pentas antarabangsa. Lagipun, koleksi pakaian jenamanya turut dibantu pereka fesyen yang juga adik angkatnya.

“Saya dibantu oleh adik angkat yang juga pereka fesyen iaitu Asyraf Zainal dan Amad.

“Mereka ini yang bantu saya mencari kain dan memberi beberapa idea untuk koleksi baju yang akan dibawa ke pentas New York.

“Mungkin di Malaysia orang pandang jenama Mak Cun seperti jenama kampung tapi saya akan terus perjuangkan jenama ini di pentas antarabangsa,” ujarnya.

Dua lagi pereka fesyen iaitu Sara J dan Eja Shahril akan turut serta dalam persembahan fesyen di New York dengan bantuan Peniagawati.

Biarpun Erma sudah berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan sejak dua tahun lalu, keutamaan masih lagi diberikan dalam bidang seni. Buktinya, pengambaran Mak Cun akan dijalankan semasa mereka berada di negara Uncle Sam itu.

“Fesyen ini sekadar hobi baharu dan baru mula dalam dua tahun lalu. Saya masih lagi beri keutamaan dalam bidang seni.

“Nanti di New York, saya juga akan melakukan penggambaran drama Mak Cun sebab Umie Aida akan bersama saya di sana. Alang-alang buat saja sekali,” tambahnya.

Oklah tu.. sekurang-kurangnya Erma dapat meletakkan budaya Melayu Malaysia di pentas antarabangsa, sekaligus memperkenalkan Malaysia di mata dunia. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Erma FatimaMak Cunnew york
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

14/11/2025
0

LAPORAN BERITA MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa dia “tidak takut” untuk berkunjung ke New...

Terkini!… Zohran Mamdani Catat Sejarah Sebagai Datuk Bandar Muslim Yang Pertama Untuk New York City

Terkini!… Zohran Mamdani Catat Sejarah Sebagai Datuk Bandar Muslim Yang Pertama Untuk New York City

05/11/2025
0

TERKINI....ZOHRAN MAMDANI CATAT SEJARAH SEBAGAI DATUK BANDAR MUSLIM PERTAMA NEW YORK CITY NEW YORK, 5 November 2025 – Zohran Mamdani,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd