• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Gunakan Agama Untuk Politik” – Zahid

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan hal agama meskipun berbeza idea dan pandangan politik.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata semua pihak harus menggunakan landasan politik untuk memperkuat agama Islam.

“Prinsip saya, kita boleh berbeza pendapat, boleh berbeza pegangan politik. Tetapi dalam hal ehwal agama, kita jangan gunakan agama untuk politik,” katanya pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya di sini, hari ini.

Menyentuh tentang pengurusan haji di negara ini, Ahmad Zahid berkata kerajaan persekutuan menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan RM260 juta subsidi jemaah haji tahun ini dengan pemberian subsidi sebanyak RM9,570 kepada setiap jemaah.

Katanya jemaah haji Malaysia hanya membayar RM9,980 seorang jika dibandingkan dengan negara jiran yang jemaah hajinya perlu membayar tidak kurang RM15,000 untuk pakej paling murah.

“(Oleh itu) jika ada negeri yang beri RM500, Alhamdulillah, terima kasih. Tetapi jangan bangga kerana ini ibadah, bukan politik,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata kepercayaan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud terhadap Malaysia serta kepimpinan tertinggi negara juga membolehkan pelbagai manfaat diperoleh dalam operasi haji termasuk pemilihan Malaysia sebagai negara pertama di dunia menjalankan program prapelepasan imbasan awal dan kelulusan imigresen Arab Saudi di tanah air.

Timbalan Perdana Menteri turut menasihati jemaah haji negara ini agar menjaga tatatertib semasa menunaikan haji dan pada masa sama menjaga nama baik Malaysia.

Beliau berkata para jemaah hendaklah menggunakan waktu sepanjang wukuf di Arafah untuk beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Jangan sia-siakan peluang menunaikan haji ini,” katanya yang turut menasihati para jemaah supaya tidak berbual-bual kosong.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pada penerbangan hari ini, seramai 483 jemaah dijadual berlepas ke Makkah pada 5 petang ini dan dijangka tiba di Jeddah pada 9.10 malam waktu Arab Saudi.

Ini penerbangan kedua terakhir sebelum penerbangan ke-113 dijadual berlepas ke Tanah Suci esok. Jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia tahun ini ialah 30,200 orang. – BERNAMA

Tags: agama islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

Bila Rasullah Sayang Seseorang

22/11/2021
0

1. Sekiranya kita sayang kepada seseorang, kita sepatutnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik dan bukannya mendedahkan kepada mereka perkara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd