RASA-RASANYA kanak-kanak yang membesar sekitar tahun 1980-an sudah pasti kenal dengan watak Mario dalam permainan Nintendo bukan? Karakter yang berumur lebih 30 tahun itu sangat sinonim dengan topinya yang berwarna merah, pakaian birunya serta misainya.
Kalau sudah kenal dengan watak Mario, sudah tentu anda tahu tentang permainan video Mario Kart bukan? Dengar-dengarnya tidak lama lagi akan ada Go Kart Mario dalam dunia sebenar. Menarik bukan?

Sebuah syarikat yang terkenal dengan aktiviti permainan go kart di Amerika Syarikat memperkenalkan sebuah litar terbaharu yang direka khas seakan-akan trek perlumbaan permainan video tersebut.
Menurut mereka, idea ini direalisasikan untuk sesiapa yang ingin merasakan pengalaman yang lebih seronok dalam berlumba di trek go kart sekali gus merasai berlumba dalam dunia sebenar.
Menurut laporan sebuah portal online, trek ini akan mula dibuka dan beroperasi pada awal tahun hadapan dan khabarnya ia terletak berdekatan dengan air terjun terkenal di Amerika Utara iaitu Air Terjun Niagara.
Haaaa…. nanti dah penat-penat berlumba dekat trek go kart tu bolehlah rilekskan fikiran, cuci-cuci mata tengok air terjun pula.
Lokasi tersebut akan dikenali sebagai ‘Niagara Speedways’. Selepas ini, makin terkenallah kawasan tu kan. Sudah pasti trek baharu ini akan menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia untuk datang dan merasai sendiri pengalaman berlumba di trek go kart yang unik dan mencabar ini.


Jika dilihat dari gambar, nampaknya trek ini bukanlah seperti trek-trek go kart biasa yang hanya rata dan bersimpang-siur. Jelas sekali trek ini mempunyai turun naik bukit dan agak tinggi.
Kepada sesiapa yang suka lumba kereta tu, ada baiknya try go kart ni. Orang kata selamat pun selamat. Jadi, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman ini di Amerika. Nanti bolehlah buat review untuk netizen di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim