• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand

oleh
27/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOL tunggal hasil tandukan penyerang, N. Thanabalan, membawa Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menewaskan Indonesia 1-0.

Dalam aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam, malam ini, skuad bawah 22 tahun negara kini hampir dengan ibu segala pingat emas, dan bakal bertemu juara bertahan, Thailand pada perlawanan kemuncak, Selasa ini.

Sejak wisel permulaan dibunyikan, perlawanan di hadapan kira-kira 80,000 penonton, menyaksikan kedua-dua pasukan tampil amat berhati-hati, dengan skuad Garuda Muda lebih menguasai perlawanan.

Malangnya benteng skuad Harimau Muda kendalian Datuk Ong Kim Swee kekal ampuh daripada dibolosi. Pemain sayap Malaysia, Safawi Rasid, hampir memecah kebuntuan itu sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun percubaannya sekadar melewati gawang lawan. Bagaimanapun, Thanabalan yang sudah menjaringkan tiga gol sebelum ini, akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan ketika permainan hanya berbaki empat minit.

Beliau berjaya melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol kemenangan skuad negara hasil daripada sepakan sudut Mohd Nor Azam Azih. Kedudukan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat.

Ketika ditemui, Thanabalan tidak sembunyi rasa lega selepas berjaya bawa skuad negara ke final: “Saya akui tidak dapat menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan malam ini tetapi lega akhirnya berjaya jaring gol kemenangan.

“Bapa saya sering berpesan, jika meraih sebarang peluang gol melalui tandukan, pastikan ia menjadi satu tandukan tepat dan mujur hari ini, saya dapat melakukannya dengan sebaik mungkin.

“Hajat saya hanya satu. Saya mahu pergi ke final. Sejak mewakili Malaysia ketika berusia 12 tahun, saya tidak pernah merasai pentas final dan akhirnya saya berjaya melakukannya pada malam ini,” tambahnya.

Malaysia bakal bertemu seteru utama, Thailand, yang terlebih dahulu menewaskan Myanmar 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Selayang, petang tadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Ong Kim SweeSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd