• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Jaguh Lompat Tinggi Negara Tepati Ramalan

oleh
26/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei masing-masing menepati ramalan apabila menyumbang emas dan perak buat Malaysia dalam Sukan SEA Ke-29.

Mereka berdua mengungguli acara lompat tinggi lelaki di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini mencatatkan lompatan setinggi 2.24 meter, namun kemenangan berpihak kepada Nauraj selepas kiraan semula dibuat.

Nauraj, 25, turun dengan status selaku Olimpian dan pemegang rekod lompat tinggi kebangsaan menerusi rekod catatan 2.30 meter yang pernah dilakarnya ketika di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, April lalu.

Atlet dari Johor itu ternyata tidak mengecewakan penyokong Malaysia apabila melakar catatan terbaik acara dengan 2.24 meter dalam percubaan pertama manakala Hup Wei dalam percubaan kedua dengan catatan yang sama.

Ini menyaksikan mereka berdua menyamai rekod dicatat atlet negara, Loo Kum Zee ketika Sukan SEA 1995 Chiangmai, Thailand. Bagaimanapun setelah pengiraan semula, Nauraj diisytiharkan sebagai pemenang.

Nauraj sekali gus mempertahankan emas dimenanginya sejak temasya Myanmar 2013 dan Singapura 2015. Manakala atlet Vietnam, Nguyen Thanh Nhan meraih gangsa selepas melakukan catatan 2.18 meter. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd