• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Mini Buatan Mesir Muncul Akibat Krisis Ekonomi

oleh
01/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Di Mesir, ramai penduduknya menderita kegawatan ekonomi. Bagi pengusaha berusia 35 tahun ini, Ahmed Saeed el-Feki, dia telah bekerja keras untuk membuat sesuatu bagi dirinya.

Lelaki ini telah melancarkan perniagaannya sendiri bagi menghasilkan sebuah kereta mini di dalam sebuah negara yang terlalu bergantung kepada pengimportan model kereta bersaiz kecil dari luar negara.

Di sebuah perkampungan yang tidak jauh dari piramid Giza, Ahmed telah membina sebuah bengkel kecil di kampung Kerdasa bagi menghasilkan kereta kecil pertama buatan Mesir dikenali sebagai ‘kereta mini Mesir’.

“Idea ini muncul pada masa kejatuhan mata wang pound Mesir, jadi kami memutuskan untuk berfikir di luar kotak dan mencipta sebuah produk tempatan untuk menggantikan Tuk Tuk,” kata Ahmed.

Dia kemudian merujuk kepada langkah Presiden Mesir, Abdel-Fattah el-Sissi bagi membantu meningkatkan ekonomi negara itu. Kereta mini Ahmed seperti kenderaan golf ini sememangnya berbeza.

Ia berlainan daripada kenderaan popular Tuk Tuk di Thailand  yang merupakan sebuah kenderaan bermotor tiga roda yang digunakan sebagai teksi dari segi reka bentuknya dan juga kecekapan mekanikalnya.

Kereta mini itu kini semakin popular di Mesir. Kuasa enjin bagi kereta ini ialah 300cc, manakala Tuk Tuk hanya 175cc. Ketebalan badannya adalah 4mm manakala Tuk Tuk hanya 0.75mm.

Kereta mini ini juga lebih selamat dan seimbang kerana ia mempunyai empat roda, manakala Tuk Tuh hanya mempunyai tiga roda. Kereta mini ini juga lebih jimat bahan api daripada Tuk Tuk.

“Kereta mini ini serupa dengan Tuk Tuk tetapi saya rasa yang ia lebih praktikal apabila saya memandunya di kawasan perkampungan saya,” kata Hossam Gamal el-Halawany yang berusia 25 tahun.

Dia yang telah menjadi pemilik kereta mini itu baru beberapa hari lalu berkata: “Ia dapat membawa lebih banyak penumpang, sekitar lima orang, termasuklah pemandu sendiri.”

Hosam bagaimanapun menjelaskan bahawa dia berasa bimbang bahawa kereta mini itu akan didaftarkan seperti sebuah Tuk Tuk, sekali gus bermaksud pergerakannya adalah terhad.

“Saya berharap untuk mendapatkan lesen bagi kereta mini ini untuk membolehkan saya bergerak di seluruh bandar dan bukan hanya di kampung saya sahaja,” katanya lagi.

Jutaan penduduk Mesir, terutama di kawasan luar bandar dan padat dengan penduduk, bergantung pada kenderaan beca kerana tambang murah dan bersaiz kecil, menjadikannya sesuai untuk dilalui di lorong sempit.

Mesir import Tuk Tuk dari China kira-kira AS$290 juta setahun. Untuk memajukan ekonomi Mesir, Abdel-Fattah mengenakan langkah penjimatan sebagai sebahagian program pembaharuan ekonomi komprehensif.

Program ini ditetapkan untuk memenuhi tuntutan Dana Monetari Antarabangsa (IMF) yang memperoleh jaminan 212 bilion pound Egypt (RM51 bilion) ke atas Mesir sejak tahun lepas.

Bercakap di luar bengkelnya di Kerdasa, Ahmed berkata bahawa dia ada impian untuk bantu meningkatkan ekonomi negaranya sejak kerajaan Mesir mengambil langkah untuk mengembalikan semula nilai matawangnya itu.

Ahmed berkata jumlah pesanan pembelian telah berkembang dan mereka (pelanggan) bukan sahaja datang dari pengusaha dan syarikat daripada Mesir, tetapi juga dari negara jiran di benua Afrika.

Ada pihak yang berminat untuk membuat kerjasama dalam pengeluaran kenderaannya itu di Mozambique, namun dia tolak. Baginya, permulaan pasarannya adalah di dalam negara.

Ahmed berharap untuk dapat menyumbang kepada pasaran Mesir terlebih dahulu sebelum mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan kapasiti eksport negara Arab itu.

Dia kini bekerja keras untuk menapis dan menaik taraf produknya daripada hanya pembuatan kereta buatan-tangan. Syarikatnya berjaya menghasilkan sekitar 30-40 buah sebulan.

Namun Ahmed kini membawa perniagaannya itu ke peringkat seterusnya selepas mencapai satu perjanjian dengan pihak kerajaan untuk memiliki bahagian-bahagian yang dikeluarkan dari kilang tentera.

Kemudian bahagian-bahagian itu akan dikembalikan semula kepadanya dan kemudian memasang bahagian kenderaan tersebut di sebuah ruang kilang yang berbeza, membolehkannya untuk meningkatkan pengeluaran.

Kereta mini ini dijual dengan harga hanya 34,000 pound Mesir (RM8,120), jauh lebih murah daripada Tuk Tuk, yang harganya mencecah 38,000 pound Mesir (RM9,070). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mesirpiramid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd