• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hajj App Mudah Jejak Ahli Keluarga Di Tanah Suci

oleh
01/09/2017
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Anda di tanah air kini boleh ‘menjejaki’ pergerakan anggota keluarga, yang sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah fardu haji, pada bila-bila masa.

Ini boleh dilakukan menerusi satu aplikasi unik dikenali sebagai Hajj App, yang dilancarkan secara rasmi pada 23 Ogos lalu oleh sebuah agensi berita Timur Tengah terkenal, Arab News.

Dengan fungsi ‘jejak jemaah’, aplikasi Hajj App membolehkan pengguna berkongsi maklumat lokasi mereka dan mengesan keluarga tersayang, yang sedang menunaikan ibadah haji, berdasarkan masa nyata sepanjang waktu.

Ini bermakna anda di luar negara boleh memantau lokasi keluarga dan rakan-rakan di mana jua anda berada. Aplikasi secara percuma itu malah boleh dimuat turun menerusi perisian App Store dan Google Play.

Ia menyediakan pelbagai ciri berguna yang boleh dimanfaatkan oleh jemaah dan juga keluarga mereka di tanah air masing-masing. Aplikasi itu ditaja dan disokong Liga Muslim Sedunia (MWL) yang berpangkalan di Makkah.

Ini sebagai sebahagian daripada usaha global untuk memperkukuh kedudukan pertubuhan dakwah antarabangsa itu sebagai badan yang berkhidmat kepada semua umat Islam, lapor Arab News.

Hajj App juga menawarkan pelbagai fungsi yang boleh digunakan semasa musim haji, termasuk berita terkini setempat dan luar negara dipetik eksklusif dari laman Arab News dan khidmat siaran langsung.

Selain itu, ia turut menyediakan maklumat-maklumat penting keselamatan seperti nombor talian kecemasan dan senarai semua pejabat kedutaan dan penyedia khidmat pada musim haji kali ini.

Pelancaran aplikasi itu dibuat sebagai sebahagian daripada perubahan Arab News kepada dunia digital dan juga sebagai sebahagian daripada usaha agensi itu untuk menyediakan liputan menyeluruh mengenai ibadah haji.

Mengulas pelancaran Hajj App, Ketua Editor Arab News, Faisal J. Abbas, berkata aplikasi itu melengkapi liputan agensi berita tersebut mengenai haji dan beliau mengucapkan terima kasih kepada MWL atas sokongan diberi.

“Kerjasama Arab News dan MWL ini adalah contoh ideal serta praktikal bagaimana sesebuah agensi media boleh berkerjasama dengan pertubuhan bukan pemerintah demi maslahat umum,” kata beliau.

“Aplikasi ini adalah sebahagian daripada perubahan Arab News ke arah digital dan menyediakan nilai tambah buat pembaca dan jemaah yang fasih berbahasa Inggeris,” tambah Faisal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: HajiTanah Suci
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd