• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelayar Negara Perlu Kekal Momentum Sahkan 2 Emas

oleh Ahmad Albab
27/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Pelayar negara dalam kategori Antarabangsa 420 Lelaki dan Antarabangsa 470 Lelaki perlu mengekalkan kemenangan dalam dua perlumbaan hari ini bagi mengesahkan dua emas menjadi milik Malaysia.

Dua perlumbaan penentuan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu akan berlangsung esok di venue sama di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di sini.

Sebenarnya kemenangan lapan kali berturut-turut dalam lapan perlumbaan dicatatkan gandingan Muhammad Uzair Amin Mohd Yusof dan Naquib Eiman Shahrin dalam kategori Antarabangsa 420 Lelaki sudah hampir memastikan emas dalam tangan mereka.

Ini berikutan kejayaan gandingan tersebut yang meninggalkan jauh pelayar Singapura, Koh Yi Nian/Wong Riji dengan 22 mata penalti, dan pelayar Thailand Suthon Yampinid/Nopphorn Booncherd dengan 25 mata penalti setakat semalam.

Sekiranya mereka berjaya mengungguli perlumbaan kesembilan dan ke-10 hari ini, mereka mempunyai peluang cerah mengulangi kejayaan menjuarai kategori itu pada Sukan SEA ke-28 di Singapura, dua tahun lepas.

Begitu juga dengan gandingan Mohamamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz yang ketika ini mendahului lima gandingan pelayar lain dalam kategori Antarabangsa 470 Lelaki apabila berjaya memperoleh 14 mata penalti setakat ini.

Mereka meninggalkan pelayar Thailand, Navee Thamsoontorm/Nut Butmarasri yang kini memperoleh 22 mata penalti dan Emerson Villena/Lester Troy Tayong daripada Filipina dengan 26 mata penalti.

Perlumbaan kelima dan keenam hari ini pula membabitkan kategori Optimist Wanita dan Optimist Lelaki, Laser Standard, Laser Radial Lelaki dan Laser Radial Wanita manakala perlumbaan ketujuh dan kelapan membabitkan kategori Windsurfing RS One Lelaki dan Windsurfing RS One Wanita.

Esok, perlumbaan penentuan pingat akan melibatkan kategori Antarabangsa 420 Lelaki, Antarabangsa 420 Wanita, Antarabangsa 470 Lelaki dan Antarabangsa 470 Wanita.

Setakat ini, emas pertama negara acara itu disumbangkan melalui kategori Optimist berpasukan manakala kategori Laser Standard berpasukan menyumbang perak dan Laser Radial berpasukan sekadar pingat gangsa.

Seramai 22 pelayar negara mengambil bahagian dalam 14 kategori yang dipertandingkan dalam acara tersebut yang dijadual berlangsung sehingga 29 Ogos ini. – BERNAMA

Tags: Pelayar negaraSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan Karbon Dioksida

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai...

Zainal Kecewa Penganjur Sukan Sea Belum Bayar Gaji

30/10/2017
0

PADA malam Merdeka di Stadium National Bukit Jalil, penyanyi tanah air, Datuk Zainal Abidin adalah antara yang dijemput untuk melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd