• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Sultan Yusof Dibuka Kepada Kenderaan Ringan

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan Teluk Intan-Sitiawan di sini akan dibuka kepada kenderaan ringan sahaja bermula 5 pagi, Isnin ini (28 Ogos).

Namun demikian, semua kenderaan berat masih tidak dibenarkan melalui jambatan itu sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata keputusan tarikh pembukaan semula jambatan itu dicapai hasil lawatan dan mesyuarat teknikal oleh Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini.

“Kerja-kerja penyelenggaraan komponen jambatan masih lagi diteruskan oleh pihak kontraktor.

“Untuk itu, semua kenderaan berat perlu melalui jalan alternatif yang disediakan. Papan tanda jalan alternatif akan diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (di Teluk Intan) manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felda Changkat Lada,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Menurut Zainol Fadzi lagi, bagi mengehadkan kenderaan ringan sahaja dibenarkan melalui jambatan itu, pihak kontraktor akan memasang penghadang ‘gantry’ di kedua-dua arah menghala ke jambatan sebagai langkah kawalan.

Di samping itu, katanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan trafik kontraktor akan memantau keadaan lalu-lintas jambatan dari semasa ke semasa.

“Pengguna diminta patuhilah papan tanda arah dan keselamatan yang disediakan di jalan-jalan yang terlibat. Kesabaran anda amatlah dihargai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jambatan Sultan Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jambatan Sultan Yusuf Ditutup Empat Bulan

03/09/2017
0

IPOH - Penutupan Jambatan Sultan Yusuf terpaksa dilanjutkan berikutan penemuan kecacatan serius yang boleh menjejaskan struktur dan keselamatan jambatan berkenaan....

Jambatan Sultan Yusof Tutup Awal Demi Keselamatan

14/08/2017
0

TELUK INTAN - Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan Teluk Intan-Manjung terpaksa ditutup sehari awal kepada pengguna bagi memberi laluan kerja-kerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd