• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shalin Terus Menyinar, Malaysia Raih 67 Emas

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ikon boling negara Shalin Zulkifli menguasai Masters wanita dengan menghadiahkan emas buat negara, dalam pertarungan yang penuh mendebarkan ketika Malaysia meneruskan momentum.

Sekali gus kontinjen negara terus unggul menduduki carta teratas dengan 67 pingat pada temasya Sukan SEA ke-29, setakat 7 petang ini.

Veteran berusia 39 tahun itu, menggunakan pengalamannya untuk mengalahkan pemain boling Indonesia, Tanya Roumimper 223-222 bagi emas ketiganya dalam temasya ini yang mendapat sokongan gemuruh daripada penyokong di Sunway Megalanes selepas Malaysia memenangi dua lagi emas dalam acara boling padang dan silat.

Dalam carta pungutan pingat, Vietnam kekal di tempat kedua keseluruhan dengan 41 emas, mendahului dengan lima pingat mengatasi Singapura. Juara keseluruhan 2015, Thailand di tempat keempat dengan 31, diikuti Indonesia 19, Filipina 15, Myanamar enam dan Kemboja satu.

Pasukan negara menguasai acara triples lelaki dan wanita menewaskan Brunei 19-9 dan Filipina 19-11 untuk merangkul tiga daripada empat emas yang dipertaruhkan sejak semalam dan Malaysia ialah pasukan pilihan untuk acara pairs dan singles selepas ini.

Pesilat negara, Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan memenangi emas acara ganda wanita dan Singapura meraih perak manakala gangsa milik Indonesia. Malaysia turut muncul juara ganda lelaki semalam.

Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia ( MASOC) mengumumkan perubahan venue acara silat dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Stadium Juara yang berkapasiti 3,000 untuk menampung peminat sukan itu yang ramai, menawarkan 20 pingat emas, ketiga tertinggi selepas olahraga dan renang.

Pada hari penentuan acara olahraga, jaguh pecut Vietnam Le Tu Chinh melengkapkan tiga emas apabila mengetuai pasukannya merangkul emas acara 4x100m selepas menyapu bersih emas acara pecut.

Malaysia sekadar berada di kedudukan keempat dalam acara 4x400m lari berganti-ganti lelaki dan wanita, namun kuartet lelaki berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 39.27s di sebalik ketiadaan pemenang emas 100m, Khairul Hafiz Jantan yang mengalami kecederaan hamstring.

Dua lagi emas diraih dalam acara lompat tinggi wanita yang berakhir semalam, dengan ketiga-tiga atlet berkesudahan merekodkan lompatan setinggi 1.83m.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, atlet Vietnam Duong Thi Viet An dan Singapura Michelle Sng berkongsi pingat emas dan perak dirangkul atlent negara, Yeap Sean Yee berdasarkan kiraan semula.

Ini merupakan kali kedua emas berganda ditawarkan dalam temasya ini. Acara final gelang roman gimnastik artistik juga mempunyai dua pemenang yang mempunyai mata yang sama, iaitu dua gimnas Malaysia, Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo.

Sebanyak 51 lagi emas menjadi buruan esok yang akan menyaksikan persaingan sengit dalam acara renang, olahraga, bola keranjang, golf, menembak, ping pong dan tenis. – BERNAMA

Tags: Shalin Zulkifli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keadaan Lorong Nafikan Pingat Emas Buat Malaysia

25/08/2018
0

PALEMBANG – Masalah yang dihadapi terhadap lorong pada permainan kelima menyebabkan skuad boling negara terlepas peluang meraih pingat emas dalam...

Boling AIK: Shalin Raih Tempat Ketiga Di Sweden

08/01/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemain boling veteran negara, Shalin Zulkifli memulakan kempen 2018 dengan meraih tempat ketiga pada edisi ke-38 Kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd