• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Peratus Kemalangan Elektrik Sebabkan Kematian

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Purata, 58 kes kemalangan elektrik berlaku setiap tahun di negara ini dengan hampir 50 peratus daripada kemalangan menyebabkan kematian.

Pengarah Jabatan Kawalselia Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Mohd Elmi Anas berkata sejak 15 tahun yang lalu, suruhanjaya itu telah menyiasat sehingga 899 kes kemalangan elektrik yang 448 daripada kes itu dikenal pasti sebagai kes kematian.

“Tahun ini sahaja, 34 kes kemalangan elektrik telah dilaporkan kepada suruhanjaya dan jika angka ini dikumpulkan dalam setahun, jumlah kemalangan yang dicatatkan tahun ini ialah 58 kes.

“Angka ini menunjukkan trend peningkatan sebanyak 7.4 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendalam oleh suruhanjaya mendapati bahawa 32 peratus daripada kemalanmgan ialah kerana pemasangan dan penyelenggaraan pealatan yang tidak betul.

Mohd Elmi berkata ini diikuti kegagalan untuk mematuhi amalan kerja selamat yang merekodkan 30.5 peratus.

“Sebab-sebab lain termasuk aktiviti berbahaya berhampiran pepasangan elektrik awam, menceroboh di kawasan pepasangan elektrik dan penyalahgunaan sistem elektrik,” kata beliau.

Beliau berkata kira-kira 26 peratus daripada kemalangan berlaku di pepasangan elektrik bukan domestik seperti premis kilang dan bangunan komersial serta sekolah sementara 15.7 peratus berlaku di premis kediaman.

Justeru, beliau berkata Suruhanjaya Tenaga semalam melancarkan Kod Keselamatan Pepasangan Elektrik Bukan Domestik dalam usaha untuk meningkatkan standard keselamatan elektrik di negara ini.

Beliau berkata kod itu selaras dengan kehendak di bawah seksyen 33B Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2015, yang menyatakan bahawa pemunya atau pengendali pepasangan elektrik bukan domestik yang berdaftar di bawah akta itu, pemegang lesen bagi jualan dan pemegang lesen bagi pepasangan persendirian bagi keselamatan, hendaklah mematuhi kod itu.

Mohd Elmi berkata kod itu didaftarkan oleh suruhanjaya di bawah sekyen 50A pada 17 Mei tahun ini dan ( 2017) dan hendaklah berkuatkuasa dari tarikh tersebut.

“Objektif utama kod itu antara lain adalah untuk menyediakan keperluan keselamatan berhubung dengan reka bentuk, pembinaan, operasi, pemeriksaan, pengujian dan penyenggaraan pepasangan bukan domestik, selaras dengan standard teknikal yang digunapakai dan amalan yang baik,” kata beliau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

E-Invois Ekosistem Percukaian Moden, Cekap, Telus Dan Mesra Pengguna

E-Invois Ekosistem Percukaian Moden, Cekap, Telus Dan Mesra Pengguna

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan e-Invois bukan sekadar memodenkan sistem percukaian Malaysia, malah berpotensi memudahkan rakyat mengurus tuntutan pelepasan cukai individu....

Nga Kor Ming Kata Beliau Tiada Masalah Digelar ‘Menteri Tandas’

Nga Kor Ming Kata Beliau Tiada Masalah Digelar ‘Menteri Tandas’

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming tidak kisah jika ada pihak menyindir atau menggelarnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd