• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlibat Pelaburan Haram, Anak Pemain Gitar Ditahan

oleh AK-47
25/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak lelaki kepada pemain gitar terkenal negara ditahan dipercayai terlibat mengendalikan aktiviti pelaburan haram di Jalan Tun Razak di sini, Rabu lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk A. Thaiveegan berkata lelaki berusia 33 tahun itu yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelaburan terlibat, ditahan pada 5.15 petang.

“Polis turut merampas pelbagai dokumen berkaitan pelaburan syarikat itu yang menawarkan pelaburan produk kecantikan dan kesihatan atas nama pemain gitar terkenal berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata syarikat tersebut menjanjikan keuntungan antara 20 hingga 30 peratus sebulan dengan nilai pelaburan paling rendah sebanyak RM3,000.

Thaiveegan berkata sebanyak 89 laporan polis dibuat terhadap syarikat itu dengan nilai kerugian mencecah RM1 juta. Katanya polis turut mengesan beberapa individu lain berhubung kes tersebut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penganjur skim pelaburan haram yang menjanjikan tawaran pulangan yang tinggi dan tidak munasabah dalam masa singkat. – BERNAMA

Tags: Datuk A. Thaiveegan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Rombak PDRM – Ketua Polis P.Pinang

21/12/2018
0

KEPALA BATAS - Tiada keperluan untuk merombak pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kontinjen Pulau Pinang berikutan kejadian kes seorang anggota...

5,652 Polis P.Pinang Bertugas Hari Pengundian Esok

08/05/2018
0

GEORGE TOWN - Seramai 5,652 anggota polis ditugaskan di seluruh Pulau Pinang bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd