• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksport Produk Kayu Lebih RM25 Bilion Menjelang 2020

oleh AK-47
25/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Eksport produk berasaskan kayu Malaysia dijangka melebihi RM25 bilion menjelang 2020, seiring dengan pencapaian kemajuan teknologi automasi, inovasi dan pembabitan penggiat industri berkaitan kayu dalam platform e-dagang.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata sasaran yang ditetapkan itu akan membolehkan kalangan penggubal dasar dan penggiat industri membentuk serta melaksanakan perancangan rapi dalam masa tiga tahun ini tanpa mengetepikan pihak berkepentingan dalam industri huluan dan hiliran.

“Kita telah bersetuju bahawa ini merupakan sasaran realistik. Bagi mengukuhkan industri itu, jawatankuasa Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) akan dirombak untuk memastikan kesemua isu dan cabaran dapat ditangani dan diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penutup pada mesyuarat Makmal NATIP selama dua hari di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mah berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk K Yogeesvaran.

Menyentuh aspek e-dagang, beliau berkata 200 syarikat berasaskan kayu dalam perniagaan huluan dan hiliran, dijangka menyertai platform Alibaba.com dan menyasarkan eksport ke negara yang menjalin perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia.

“Ini merupakan antara strategi pemasaran kita dan diharapkan lebih ramai kakitangan berkemahiran dengan pengetahuan dan inovasi yang tepat dapat merancakkan lagi industri ini.

“Selain itu, kita juga mahu mengubah persepsi terhadap industri ini daripada ‘3D’ atau ‘dirty, dangerous and difficult’ (kotor, bahaya dan sukar) kepada sektor lebih bertenaga dan menarik di mata generasi muda,” katanya.

Eksport produk berasaskan kayu Malaysia dijangka mencecah RM24 bilion pada tahun ini berbanding RM22 bilion tahun lepas.

Setakat Jun 2017, eksport produk itu bernilai RM11.5 bilion iaitu peningkatan sebanyak 5.2 peratus berbanding tempoh sama setahun lepas.

Program Makmal NATIP yang berakhir hari ini, diadakan buat julung kalinya sejak pelaksanaan NATIP pada 2009.

Ia disertai oleh 160 orang termasuk wakil pihak berkepentingan dan membincangkan perkara seperti tenaga mahir, inovasi dan teknologi serta isu lestari. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gerakan Akan Dipimpin Muka Baharu – Mah

07/10/2018
0

IPOH - Pemilihan pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang akan berlangsung pada 17 Nov depan akan...

Mah Siew Keong Umum Letak Jawatan Presiden Gerakan

16/09/2018
0

SEREMBAN - Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan. Mah berkata ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd