• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

A.Rahman Hassan, Fadilah Mansor Diijab Kabul

oleh Ahmad Albab
27/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, penyanyi era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan, 67, dan pelakon Fadilah Mansor, 54, sah bergelar suami isteri pada majlis ijab kabul yang diadakan malam tadi.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra itu menyaksikan kedua mempelai yang anggun berpakaian sedondon berwarna krim, dinikahkan oleh imam Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur, Ustaz Azizi Abdul Hamid Al-Hafiz.

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon Datin Fadilah Mansor selamat diijab kabulkan di sini, malam tadi. - Fot BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon Datin Fadilah Mansor selamat diijab kabulkan di sini, malam tadi. – Fot BERNAMA

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu, Fadilah yang berwalikan abangnya Jamaluddin Mansor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang.

Ketika ditemui pemberita, A. Rahman yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan tenang.

“Ini merupakan satu pencapaian yang baru bermula dalam kehidupan saya dan isteri dan Insya-Allah kami akan melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin”, katanya.

Antara rakan artis yang hadir menyerikan majlis ialah pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, penyanyi Uji Rashid, Hail Amir dan Datuk DJ Dave.

Sebelum ini, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sementara A. Rahman pula merupakan bapa tunggal kepada tiga anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad yang juga penyanyi era 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lepas, akibat kanser. – BERNAMA

Tags: Artis Kahwin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tasha Shilla Sah Milik Muhammad Atiq

28/02/2020
0

PELAKON Tasha Shilla, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, dengan sekali...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd