• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luar Biasa Penuh, Venue Pencak Silat Dipindah

oleh AK-47
25/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR  – Venue bagi  pencak silat Sukan SEA 2017, akan dipindah dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Stadium Juara di Bukit Kiara, bermula Isnin ini.

Berikutan itu, acara tunggal yang dijadualkan pada petang esok, diawalkan ke sesi pagi, manakala acara pada hari Ahad yang melibatkan satu pingat emas, akan berlangsung pada Isnin bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemindahan barangan teknikal dan penyiaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong berkata keputusan itu dibuat semalam berikutan sambutan luar biasa peminat apabila gelanggang silat membuka tirai semalam.

“Ruang di KLCC terlalu kecil, jika dilihat dari kapasiti penonton tidak boleh memuatkan ramai orang kerana silat memerlukan karpet untuk pertandingan dan karpet untuk warm up (pemanas badan).

“Oleh kerana silat ini sukan yang penting, tradisi dan mendapat sambutan luar biasa, kita terpaksa menukar venue,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata keputusan itu juga dibuat atas faktor keselamatan, memandangkan tempat duduk penonton dan gelanggang yang dekat, sehingga boleh menimbulkan kekecewaan kepada para juri.

Dengan harapan besar diletakkan kepada silat untuk menyumbangkan sebahagian besar pingat emas, Megat berkata Stadium Juara boleh memuatkan sehingga 3,000 penonton untuk hadir memberikan sokongan padu kepada skuad silat yang dibarisi oleh Olahragawan 2015, Mohd Al Jufferi Jamari dan olahragawati 2017 Siti Rahmah Mohamed Nasir.

“Semalam hari pertama, sebelah pagi ada satu acara sahaja, tetapi kehadiran penonton terlalu ramai berbanding kapasiti yang kita boleh menampung.

“Maka, ramai tidak dapat masuk, termasuk yang ada tiket kerana keadaan tempat duduk yang tidak mencukupi.

“Acara pada 27 Ogos telah dipindah ke 28 Ogos yang sepatutnya hari rehat, manakala rehat adalah pada 27 (Ogos)  untuk kerja-kerja pasang peralatan. Kesemua 16 acara final pada 29 Ogos berlangsung ikut jadual,” katanya.

Megat berkata kontraktor yang dilantik tidak dapat menyediakan jumlah tempat duduk yang dijanjikan kerana sebahagian ruang di venue itu terpaksa digunakan untuk gelanggang pertandingan dan pemanas badan. – BERNAMA

Tags: silatSukan SEA KL2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd