• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Raih Perak Daripada Badminton Berpasukan Lelaki

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia rebah di gelanggang sendiri apabila tewas mudah 0-3 kepada juara bertahan Indonesia pada final acara badminton berpasukan lelaki di Arena Axiata di sini hari ini.

Kekalahan itu membuatkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Mata pertama negara gagal diperoleh apabila pemain perseorangan Iskandar Zulkarnain Zainuddin tunduk kepada Jonatan Christie, 18-21, 17-21.

Gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula terpaksa akur dengan kehebatan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dengan catatan mata 12-21, 21-16, 14-22.

Harapan Malaysia untuk mara ke akhir musnah apabila pertarungan terakhir menyaksikan Lee Zii Jia tewas kepada Ihsan Maulana Mustofa 11-21, 11-21.

Zii Jia ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan berkata beliau berasa sedikit tertekan sehingga menjejaskan prestasinya hari ini.

“Saya mahu sangat menyumbang mata kepada pasukan…sebab terlalu fikirkan perkara itu saya jadi tertekan. Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membantu pasukan,” katanya.

Katanya, beliau perlu belajar mengatasi tekanan apabila beraksi dalam pertandingan.

Pada edisi lepas di Singapura, Malaysia berkongsi pingat gangsa bersama tuan rumah. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

E-Invois Ekosistem Percukaian Moden, Cekap, Telus Dan Mesra Pengguna

E-Invois Ekosistem Percukaian Moden, Cekap, Telus Dan Mesra Pengguna

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan e-Invois bukan sekadar memodenkan sistem percukaian Malaysia, malah berpotensi memudahkan rakyat mengurus tuntutan pelepasan cukai individu....

Nga Kor Ming Kata Beliau Tiada Masalah Digelar ‘Menteri Tandas’

Nga Kor Ming Kata Beliau Tiada Masalah Digelar ‘Menteri Tandas’

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming tidak kisah jika ada pihak menyindir atau menggelarnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd