• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Pecat 17 Kakitangan Kerja 3 Minggu?

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Malindo Air didakwa memecat seramai 17 pekerjanya selepas tiga minggu pekerja terbabit menjalani sesi latihan dengan syarikat penerbangan tersebut.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), A.Sivarajan mendakwa, Malindo Air turut memecat 17 pelatih baharu dalam tempoh 24 jam semasa mengikuti latihan selama tiga minggu.

“Kami dimaklumkan oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) bahawa 30 pekerja lain turut dipecat semasa mereka sedang menjalani sesi latihan.

“Tentunya mereka ditawarkan pekerjaan selepas menjalani sesi temuduga. Selepas menawarkan pekerjaan kepada calon-calon yang sesuai, kenapa pengurusan Malindo Air tiba-tiba mendapati mereka tidak sesuai untuk pekerjaan itu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

A.Sivarajan mendakwa, tidak penting sama ada pekerja terbabit sedang menjalani latihan atau di bawah percubaan kerana pemecatan seseorang pekerja mesti dilakukan dengan sebab dan alasan yang adil.

Dakwa beliau, tindakan Malindo Air itu menunjukkan amalan buruh yang tidak adil, maka PSM menyeru Kementerian Sumber Manusia menyiasat perkara tersebut bagi melindungi dan menegakkan hak pekerja.

“Ramai mereka yang meninggalkan pekerjaan lama apabila Malindo Air menawarkan pekerjaan kepada mereka dan kini mereka ditendang hanya selepas tiga minggu,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd