• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Dakwaan Murid Nyaris Diculik Di Tanah Merah

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan membabitkan dua kanak-kanak yang didakwa hampir menjadi mangsa penculikan didalangi warga asing di jajahan ini dalam kejadian pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohammed berkata polis hanya dimaklumkan mengenai kes itu menerusi laporan polis yang dibuat oleh keluarga kanak-kanak itu pada Isnin lepas.

“Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan dan polis telah mengambil keterangan daripada mereka. Siasatan lanjut berkaitan dakwaan itu akan dibuat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui hari ini dua kanak-kanak itu, masing-masing berumur 9 dan 11 tahun yang masih trauma mengakui terpaksa melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak dan dinaiki dua lelaki yang dipercayai cuba menculik mereka, dalam kejadian itu.

Menurut mereka, kejadian bermula ketika mereka sedang bermain bola sepak bersama dua rakan lain kira-kira pukul 5 petang di Kampung Cermin, Gual Ipoh dekat sini, tiba-tiba dipanggil oleh dua lelaki tidak dikenali yang memperlahankan kereta, kononnya untuk bertanya arah ke Kampung Bukit Telaga.

Kedua-dua lelaki itu kemudian mengajak mereka menaiki kereta bagi membantu menunjuk arah laluan dan ketika sedang memasuki kereta mereka menyedari seorang daripada lelaki yang berada di kerusi belakang telah memakai topeng muka.

Difahamkan mereka kemudian cuba keluar dari kereta itu tetapi seorang daripada lelaki berkenaan segera mengunci pintu dan selain memberi amaran untuk diam, seorang daripada kanak-kanak itu turut dikenakan hirisan limau di mata bagi menggelakkannya melarikan diri.

Menurut kanak-kanak itu dalam keadaan cemas, mereka nekad melompat keluar dari kereta selepas membuka kunci pintu apabila kereta itu dipandu perlahan ketika melalui satu selekoh.

Kanak-kanak itu kemudian berlari untuk bersembunyi di belakang sebuah rumah dan hanya keluar untuk balik ke rumah selepas kereta itu beredar.

Kanak-kanak itu juga masih enggan ke sekolah akibat trauma sejak kejadian itu. – BERNAMA

Tags: DiculikDSP Suzaimi Mohammed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Remaja Perempuan Reka Cerita Diculik Kerana Tak Mahu Pergi Mengaji

05/05/2024
0

KOTA KINABALU: Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya menjadi mangsa culik sebelum dapat menyelamatkan diri, Rabu lalu didapati hanya cerita rekaan....

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

Bella Disyaki Diculik, Teman Lelaki Ditahan

28/12/2023
0

Batu Pahat: Polis mengesahkan sudah menahan seorang individu dipercayai teman lelaki Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella bagi membantu siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd