• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Tawar Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – India menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia berketurunan India untuk melanjutkan pelajaran pada tahun akademik 2017-2018.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, pelajar yang ingin mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan umum di universiti India dipelawa memohon biasiswa itu.

“Program Biasiswa untuk Anak Diaspora (SPDC) terbuka kepada orang berketurunan India (PIO), orang India bukan penduduk (NRI) dan anak pekerja India di Malaysia,” katanya.

Biasiswa itu terbuka kepada pemohon berusia antara 17 dan 21 tahun, manakala tarikh tutup permohonan ialah 30 Sept.

Pemilihan dibuat berasaskan merit semata-mata dan hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian melalui portal SPDC portal, spdcindia.gov.in, yang disertakan dokumen ditetapkan, akan dilayan.

Katanya, senarai calon terpilih akan disiarkan dalam portal Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA) dan portal Kerajaan India di alamat www.mea.gov.in

Pada tahun pertama, biasiswa itu menyediakan sebahagian daripada bantuan kewangan iaitu 75 peratus Kos Ekonomi Institusi (IEC) atau US$3,600 hingga US$4,000 setahun, termasuk yuran tuisyen, yuran asrama dan caj lain, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Biasiswa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Berkenan Kurnia Biasiswa Kepada 12 Penuntut IPT

Agong Berkenan Kurnia Biasiswa Kepada 12 Penuntut IPT

29/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada...

Maszlee Enggan Ulas Biasiswa, Dakwa Najib Curi Duit Rakyat

05/11/2019
0

PUTRAJAYA - “Najib curi duit rakyat,” demikian jawapan ringkas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd