• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penambahbaikan Pastikan Kelancaran Operasi Masyair

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Persiapan bagi menyediakan pelbagai kemudahan kepada jemaah haji Malaysia yang akan terlibat dalam operasi masyair, berjalan lancar dengan beberapa penambahbaikan dilakukan bagi keselesaan mereka.

Langkah penambahbaikan yang dilakukan Muassasah Tewafah Asia Tenggara dan Lembaga Tabung Haji (TH) itu melibatkan ketiga-tiga lokasi dalam operasi berkenaan iaitu di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Operasi masyair melibatkan aktiviti wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata di Arafah, pihak Muassasah Asia Tenggara menyediakan khemah penginapan jemaah haji yang lebih kukuh, kalis api dan tahan dari segi tiupan angin kencang.

“Ini tahun pertama kerajaan Arab Saudi mengenakan syarat tersebut di Arafah, Sebelum ini, mereka menggunakan khemah dalam bentuk kain sahaja. Khemah ini lebih besar dan dapat memuatkan lebih ramai jemaah haji…lebih selesa dan lebih stabil,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas meninjau ketiga-tiga lokasi berkenaan di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Muassasah Tewafah Asia Tenggara adalah agensi di bawah Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang bertanggungjawab menguruskan jemaah haji dari Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang berada di Makkah.

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata di setiap maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Arafah, juga disediakan generator sebagai peralatan tambahan bekalan elektrik.

“Cuaca agak panas dan perlukan pelbagai bekalan elektrik yang tinggi untuk kipas angin berwap, bekalan elektrik untuk klinik dan sebagainya,” kata beliau.

Di Muzdalifah pula, beliau berkata pada tahun ini, pihak Muassasah Tewafah Asia Tenggara turut menyediakan 100 batu kecil bagi setiap jemaah Malaysia untuk ibadah melontar di Mina, berbanding sebelum ini jemaah perlu mengutip sendiri batu-batu itu di kawasan berkenaan.

“Di semua khemah di Mina pula, pada tahun ini penambahbaikan yang dilakukan ialah penghawa dingin diganti dengan set baharu, di samping kita menambah kemudahan membuang air kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata berikutan pertambahan jemaah haji dari seluruh dunia pada tahun ini, pergerakan jemaah Malaysia dalam operasi masyar mulai 8 Zulhijjah (30 Ogos) diawalkan kepada 9 pagi, bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

“Kebiasaannya kita mula pergerakan jemaah ke Arafah selepas solat Zohor tetapi tahun ini, dengan jumlah jemaah haji yang ramai dari negara lain termasuk Malaysia, kita akan mulakan lebih awal,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan 1 Zulhijjah pada 23 Ogos, manakala hari wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah (31 Ogos).

Dalam pada itu, beliau berkata antara cabaran bakal dihadapi jemaah dan petugas Tabung Haji adalah berkaitan kesesakan lalu lintas, tempoh menunggu yang mengambil masa lama dari satu sektor ke sektor lain, serta keadaan cuaca panas yang boleh mencecah antara 45 dan 50 darjah celsius.

“Saya berharap para jemaah menjaga kesihatan, jangan terdedah terlalu lama di kawasan lapang dan minum banyak air bagi mengelak strok haba,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Masyair 1438 Hijrah, Mohd Norber Kassim dalam taklimat kepada media berkata di setiap 14 maktab penginapan jemaah haji Malaysia di Arafah, disediakan 150 kipas angin berwap bagi memberi keselesaan kepada jemaah.

Beliau berkata pihak Tabung Haji juga menyediakan peralatan siar raya baharu di setiap khemah penginapan jemaah agar segala makluman serta khutbah Arafah dapat didengari dengan lebih jelas.

Mengenai pergerakan jemaah semasa operasi masyair, beliau berkata sebanyak 20 buah bas disediakan bagi setiap 14 maktab penginapan, yang bergerak sebanyak tiga kali perjalanan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd