• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Raih Perak Acara Lepas Ramai Individu Lelaki

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Malaysia kempunan untuk mempertahankan emas acara Lepas Beramai-Ramai Individu Lelaki dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua menerusi Mohd Shahrul Mat Amin yang merekodkan masa 3 jam 26 minit dan 4 saat (3:26:04s).

Pemenang pingat perak itu ketinggalan empat saat di belakang pelumba Thailand Nawuti Liphongyu yang meraih emas selepas mencatatkan masa 3:26:00s manakala gangsa milik Mai Nguyen Hung daripada Vietnam dengan masa 3:26:04s.

Ini sekali gus meleburkan harapan skuad berbasikal negara untuk mempertahankan pingat emas acara berkenaan yang diraih pada temasya Sukan Sea ke-28 di Singapura oleh Mohd Harrif Saleh serta gangsa menerusi Anuar Manan, dua tahun lalu.

Dalam perlumbaan sejauh 141.6 kilometer itu, Mohd Harrif yang turun sebagai penyandang diekori rapat pelumba daripada Vietnam, Thailand dan Indonesia sehingga menyebabkan beliau sukar untuk melepaskan diri daripada kelompok dan sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-30.

Sementara pelumba negara yang lain, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki pula menamatkan saingan di tangga kelima, Muhammad Adiq Husainie Othman (lapan), Mohd Zamri Saleh (13) dan Anuar (33).

Seramai 55 pelumba menyertai acara hari ini daripada negara peserta iaitu Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Brunei, Laos, Kemboja, Myanmay dan tuan rumah Malaysia.

Acara Lepas Beramai-Ramai Individu Lelaki merupakan acara lebuh raya yang terakhir sebelum acara BMX mengambil tempat pada Sabtu dan Velodrom pada Ahad. – BERNAMA

Tags: Mohd Shahrul Mat Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd