• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Anak Zarina ‘Amuk’ Mahu Keluar Rumah

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai empat cahaya mata dan dua daripadanya iaitu Azal dan Azil merupakan pasangan kembar anak-anak istimewa yang menghidapi Autism.

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila Zarina Zainuddin telah memuat naik beberapa video menunjukkan Azal yang sedang mengamuk kerana permintaannya untuk keluar rumah ditolak ibunya.

Jika dilihat di dalam video ini, Zarina berusaha untuk menenangkan Azal daripada terus-terusan mengamuk dan mencederakan dirinya sendiri.

Menurutnya, semasa Azil sedang mengamuk di bawah, Azal mengajak Zarina untuk keluar tetapi ketika itu Zarina agak sibuk dengan penyediaan tempahan pulut kuning dan rendang yang diterimanya.

Azal juga merupakan pembantu peribadi Zarina dan sering mengikutnya ke lokasi penggambaran. Walaupun menghidapi Autism, Azal mampu berdikari dan sering membantu ibunya menguruskan perkara-perkara yang berkaitan kerjaya seninya. Tetapi, Azal akan hilang sabar apabila mendengar Azil yang juga abangnya menjerit-jerit dan mengamuk.

Namun, selepas beberapa ketika ditenangkan ibunya, Azal kembali tenang dan mengemas semula katil yang berselerak akibat perbuatannya itu.

Menurut Zarina, anak-anak istimewa seperti ini tidak boleh dilayan dengan kekasaran, tetapi perlu ditegur dan diajar dengan baik dan sabar.

“Last-last dia kemas katil balik katil. Semua ini kita yang kena ajar bukan dengan cara kasar marah pukul itu semua bukan caranya. Cakap elok-elok insyaAllah semoga dipermudahkan Allah,” tulisnya di laman Instagram.

Betapa tabahnya ibu tunggal ini membesarkan empat cahaya matanya yang masing-masing sudah pasti mempunyai perangai dan pe’el yang pelbagai.

Menerusi video-video dan gambar yang dimuat naik ke dalam akaun Instagramnya, Zarina menyatakan ini adalah perkongsian realiti kehidupan anak-anak Autism yang dihadapinya setiap hari. Kadang-kala mereka ok seperti anak-anak normal kadang-kala mereka sedikit mengamuk.

Video ini juga turut mencuri perhatian netizen apabila ramai mengagumi ketabahan Zarina dan mendoakan supaya Zarina diberi kekuatan untuk mengharungi kehidupannya. Ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana perkongsian video ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa yang turut mempunyai anak-anak istimewa seperti ini.

Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan tentang tindakan Zarina kerana memuat naik video anaknya sedang mengamuk. Rasa-rasanya banyak juga video di Instagram pelakon itu yang menunjukkan rutin harian dan kegembiraan mereka. Hmm..

Mungkin mereka tersalah faham kot.. Tak apalah.. Semoga Zarina melalui detik-detik manis kehidupan yang hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat merasainya dengan tenang. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Zarina Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zarina Zainuddin Cari Rezeki Halal Demi Anak

03/10/2019
0

KUALA LUMPUR - “Saya rasa dianiaya. Apapun, saya tak nak komen lanjut kerana sudahpun buat pembayaran seperti yang diperintahkan mahkamah....

Zarina Zainuddin Didenda RM17,500

02/10/2019
0

“TAK suka lah,” kata pelakon Zarina Zainuddin, 48, sambil menepis telefon bimbit milik wartawan yang cuba merakamkan gambarnya selepas beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd