• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuakan Emas Kedua Untuk Welson Sim

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perenang negara, Welson Sim memperbaharui rekod kejohanan selepas berhempas pulas pada 50 meter (m) terakhir untuk menghadiahkan satu lagi pingat emas dalam acara 200m gaya bebas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di sini hari ini.

Pada saingan sengit di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, perenang berusia 20 tahun itu berada di belakang juara bertahan Hoang Quy Phuoc sepanjang selepas jarak 150m sebelum bangkit pada 50m terakhir untuk mencatatkan masa 1 minit 47.49 saat.

Pencapaian Welson itu, yang merangkul gangsa acara sama di Singapura, memadam rekod kejohanan 1:48.96s oleh perenang dari Vietnam itu pada temasya tersebut.

Ouy Phuoc ketinggalan 0.58s untuk merangkul pingat perak manakala pingat gangsa diraih oleh perenang Singapura, Yeo Kai Quen dengan masa 1:48.98s.

Semalam, Welson memenangi emas pertama negara dalam acara renang dengan memecah rekodnya dalam acara 400m gaya bebas. Beliau mencatatkan masa 3:50.26s untuk memadam rekod 3:53.97s yang diciptanya di Singapura.

Dalam pada itu, perenang sensasi Singapura, Joseph Schooling memperbaharui rekod kejohanan acara 100m kuak kupu-kupu dengan cacatan masa 51.38s untuk memadam masa 52.13s yang dicipta di Singapura, dua tahun lepas.

Pemenang emas Olimpik Rio 2016 itu merangkul emas manakala pingat perak dan gangsa disandang oleh perenang Indonesia, Triady Fauzi Sidiq (53.03s) dan rakan senegara, Glenn Victor Susanto dengan catatan masa 53.25s.

Perenang negara, Chan Jie menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan masa 54.59s.

Satu lagi acara 100m gaya bebas wanita menyaksikan perenang Singapura, Quah Ting Wen merekodkan 55.74s bagi membaharui rekodnya pada temasya lalu (55.93s). – BERNAMA

Tags: Welson Sim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Welson Cipta Rekod Kejohanan Acara 400m Gaya Bebas

26/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Perenang negara, Welson Sim mencipta rekod kejohanan dalam acara kegemarannya untuk merangkul emas pertama pada Kejohanan Renang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd