• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Nafi Tidak Tanggung Rawatan IJN Penjawat Awam

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menafikan maklumat yang ditularkan orang ramai di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan tidak lagi menanggung kemudahan perubatan penjawat awam di Institut Jantung Negara (IJN).

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min berkata, Kerajaan Persekutuan masih menanggung kemudahan perubatan itu, tetapi pesakit perlu memenuhi syarat yang ditetapkan dalam peraturan yang berkuatkuasa.

“Kerajaan masih lagi menanggung kemudahan perubatan pegawai Kerajaan Persekutuan dan keluarga (suami/isteri, anak yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun dan ibu bapa yang sah), pesara serta pesakit kurang mampu yang mendapatkan rawatan di IJN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chaw Min berkata, salah satu syarat yang ditetapkan sebelum mendapat rawatan di IJN adalah pegawai dan pesara kerajaan persekutuan perlu mendapat rujukan daripada pakar perubatan umum, pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta.

Manakala, katanya, bagi pesakit yang kurang mampu, mereka perlu mendapat rujukan daripada pakar perubatan umum, pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan sahaja.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat di mana bagi tahun 2016 sahaja, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM435.65 juta untuk membiayai kos rawatan pesakit tanggungan kerajaan di IJN,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Dr. Chen Chaw MinIJN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd