Ada penduduk di Kampung Laloh di jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa bertindak memecahkan pintu kedai runcit di kampung mereka setelah tidak menerima bekalan makanan selama tiga hari.
Mangsa banjir di daerah itu Faizal Ab Rahim berkata sehingga pukul 4 petang tadi, tiada satu pun bantuan bekalan makanan diterima untuknya dan lebih 2,500 mangsa dari 500 keluarga yang telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Laloh.
“Setakat ini tiada pihak menghulurkan bantuan. Helikopter dah berlegar di udara, tetapi tidak tahu apa tujuan helikopter berkenaan,” katanya.
MENARIK – Gambar : Bantuan Tentera Dengan Helikopter Mula Tiba Di Manek Urai
Bagaimanapun, tindakan memecah masuk kedai runcit dibuat setelah mendapat keizinan pemiliknya.
Menurut Faizal, sebelum itu pusat pemindahan pertama mereka ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh tetapi kemudiannya tempat itu dinaiki air sehingga ke tingkat dua sekolah menyebabkan mereka berpindah ke lokasi sekarang.
Kampung Laloh terputus hubungan setelah semua jalan darat ditenggelami air sejak tiga hari lalu.
Selain itu, bekalan air bersih dan elektrik turut terputus.
Sementara itu makluman mengenai nasib penduduk Kampung Laloh hanya disampaikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berikutan gangguan talian telefon dan data mudah alih.
Faizal juga bimbang, pihak penyelamat menghantar (airdrop) bantuan makanan di lokasi yang salah, memandangkan hanya satu sahaja lokasi yang sesuai untuk tujuan “airdrop”.
“Sekarang lokasi yg paling sesuai utk menghantar bantuan ialah kawasan perkuburan yang bebas air,” jelas Faizal lagi. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ
Video Rintihan Mangsa Banjir Di Manek Urai
http://youtu.be/jpgNKQTEVsI

