• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Panjat Pokok Sokong Rakan Sepasukan

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Juara Keirin Dunia Azizulhasni Awang sanggup memanjat pokok bagi memberikan sokongan padu kepada dua pelumba berbasikal wanita Ju Pha Som Net dan Nurul Shuhada Zainal yang bertanding dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita di Dataran Nilai di sini.

Gelagat “The Pocket Rocketman” itu menarik perhatian orang ramai yang hadir memberi sokongan  kepada pasukan negara, sehingga ada dalam kalangan mereka menggunakan peluang mengambil gambar Azizul yang berdiri di atas pokok.

Turut tidak melepaskan peluang merakamkan detik berkenaan ialah rakan sepasukan seperti Fatehah Mustapa dan penyumbang pingat emas negara acara Ujian Masa Berpasukan Lelaki Muhammad Ammer Ahmad Kamal.

Pasukan negara menerima sorakan dan tepukan gemuruh sebaik sahaja melintasi garisan penamat perlumbaan.  Bagaimanapun, pemenang pingat emas, perak dan gangsa pada acara ini ditentukan menerusi photo finish.

Dalam acara itu, Ju Pha, 24, menamatkan saingan 101.5 kilometer itu dengan catatan masa 3 jam 14 minit dan 16 saat (3:14:16) di belakang juara bertahan daripada Vietnam Nguyen Thi That, 24, yang meraih emas acara itu, yang turut merekodkan masa yang sama.

Ju Pha ketinggalan satu tayar di belakang Thi That, yang juga pemenang pingat emas  ketika sampai di garisan penamat.

Pelumba daripada Indonesia  Priatna Ayustina Delia yang turut merekodkan masa yang sama iaitu 3:14:16 terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk meraih gangsa. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd