• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPPKN Mahu Perkenalkan Kempen Family #QuranHour

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan kempen World #QuranHour, yang mencetuskan idea penganjuran Merdeka #QuranHour pada 31 Ogos ini, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berhasrat untuk memperkenalkan kempen Family #QuranHour pula.

Ketua Pengarah LPPKN Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail berkata bertepatan dengan sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan pada November ini, pihaknya berpendapat kempen #QuranHour perlu diterapkan di dalam keluarga sebagai satu cara berkesan untuk mengukuh dan merapatkan hubungan kekeluargaan.

“#QuranHour ini bukan sekadar program tetapi ia adalah kempen yang menggalakkan kita untuk kembali kepada asas dan menghayati ajaran Islam yang sebenar melalu pembacaan Al-Quran serta tadabbur (surah-surah di dalam kitab suci itu).

“Kempen ini juga menggalakkan budaya membaca Al-Quran bersama anggota keluarga dan bukannya asyik menghadap telefon bimbit sepanjang masa. Tidak perlu lama… hanya luangkan satu jam sahaja sehari untuk membaca Al-Quran dan bertadabbur bersama keluarga,” katanya kepada wartawan selepas menutup program pra-World #QuranHour di sini, hari ini.

Pra-World #QuranHour dianjurkan LPPKN menjelang World #QuranHour dan juga Merdeka #QuranHour pada 31 Ogos ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf dan pengasas Warisan Ummah Ikhlas Datuk Dr Husamuddin Yaacob, yang merupakan penganjur World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour, berkata permohonan permit penganjuran Merdeka #QuranHour di Dataran Merdeka telah dihantar kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kelulusan.

Beliau berkata permohonan itu mendapat sokongan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

“Merdeka #QuranHour bakal mencipta sejarah kerana pertama kali dianjurkan yang menggantikan konsert-konsert nyanyian yang biasa diadakan bagi menyambut Hari Kebangsaan.

“Bacaan Al-Quran akan bergema seawal 4 petang menerusi program Gema Wahyu di Masjid Jamek sebelum berpindah ke Dataran Merdeka untuk program Merdeka #QuranHour,” katanya.

Selain itu, kempen #QuranHour menyaksikan jumlah hits atau trending #QuranHour mencecah 219 juta hits, katanya yang yakin sasaran 350 juta hits dapat dicapai dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Siti Norlasiah IsmailLPPKN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selamat Hari Wanita, ‘Sepadu Usaha Tiada Yang Ketinggalan’

25/08/2016
0

25 OGOS merupakan tarikh istimewa buat kaum hawa. Pada tanggal ini, Hari Wanita peringkat kebangsaan disambut di negara kita saban...

Kempen Jangan Bawa Telefon Bimbit Di 30 Restoran

21/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Keghairahan ketika menggunakan gajet elektronik terutama telefon bimbit pintar, tanpa mengira masa kini menjadi antara punca kurangnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd