• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yayasan Zarith Sofiah Sasar Bantu 5,000 Murid

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor menyasarkan membantu 5,000 pelajar setiap tahun melalui pelan pembiayaan pendidikan alternatifnya iaitu Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA) dengan mengadakan Program ZSEIFA B40.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Datuk Ghazali Mohd Yusoff berkata mereka akan mengumpul sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk sektor korporat bagi memastikan sasaran ini dapat direalisasikan seperti yang dirancangkan.

Kini, ZSIEFA bakal membiayai 1,000 orang murid di seluruh Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2018.

Antara pelajar-pelajar yang menerima bantuan inisiatif ZSEIFA B40 ini.

Kata Ghazali lagi untuk Program ZSEIFA B40 ini, Yayasan akan menyumbangkan bantuan RM1,500 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka dalam pelbagai perkara termasuk kos pengangkutan mulai hujung tahun ini selama tempoh setahun.

Elaun yang akan dibahagikan sebanyak RM300 sebagai belanja permulaan sekolah dan peruntukan RM100 sebulan ini disasarkan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah daripada golongan pendapatan bulanan keluarga RM3,885 dan ke bawah, individu yang hilang upaya serta pelajar yang hidup dengan ibu bapa atau penjaga yang sakit kronik, uzur serta miskin.

“Inisiatif  ini perlu dilihat sebagai platform permulaan bagi pihak kerajaan dan pihak swasta bekerjasama dalam menyediakan pembiayaan alternatif kepada pelajar Malaysia.

“Yayasan menyeru agar semua sektor termasuk individu menyumbang kepada dana ini dalam memperkasakan generasi akan datang,” kata Ghazali sempena majlis pelancaran pelan itu yang dilakukan di Dewan Ilmuwan 3, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada hari Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Datuk Ghazali Mohd Yusoff berkata, Program ZSEIFA B40 ini menyumbangkan bantuan RM1,500 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka dalam pelbagai perkara.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh guru-guru serta pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan tersebut daripada dua buah sekolah di ibu kota iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Muda Ampang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Petaling.

Tambah Ghazali lagi,Yayasan bercadang untuk membantu lebih ramai daripada jumlah sekarang dan menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM7.5 juta supaya sasaran untuk membantu 5,000 orang murid tercapai.

“Untuk mencapai sasaran kami, Yayasan berhasrat untuk mengumpul dana melalui program B40 Golden Heart yang akan dianjurkan tidak lama lagi,” ujarnya.

Selain itu, Program B40 ini direka bentuk khusus untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dan menangani isu semasa seperti pemotongan bajet perbelanjaan untuk sektor pendidikan.

Oleh itu, Yayasan berhasrat untuk mengunpul dana sehingga RM500 juta bagi merealisasikan impian kanak-kanak kurang berkemampuan ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dana pendidikanPermaisuri Johor Raja Zarith Sofiahyaysan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

19/01/2022
0

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil kepada pendidikan asas, menurut badan itu...

Permaisuri Johor Rasmi Wad Hematologi HSA

23/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Wad Hematologi (wad pesakit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd