• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Buat Spekulasi Insiden Kapal Perang AS

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta supaya menunggu hasil siasatan dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan berhubung insiden pelanggaran membabitkan kapal perang Amerika Syarikat dengan sebuah kapal dagang di perairan Teluk Ramunia.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata oleh itu tidak perlu bagi mana-mana pihak membuat spekulasi mengenai kemalangan itu yang mengakibatkan 10 kelasi dilaporkan hilang dan lima lagi cedera.

“Kami tidak mengeluarkan apa jua kenyataan yang bersifat spekulasi. Kita perlu menunggu penyiasatan yang konklusif mengenai apa yang sebenarnya berlaku sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Apresiasi Kebudayaan 2017 anjuran Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar di sini hari ini.

Reezal Merican mengulas mengenai pelanggaran di antara kapal pemusnah peluru berpandu USS John S. McCain dan sebuah kapal tangki minyak kira-kira 4.5 batu nautika dari Teluk Ramunia pada 5.30 pagi semalam.

Hari Apresiasi Kebudayaan anjuran institut itu merupakan satu platform untuk para tetamu dan peserta mempelajari dan menghargai perbezaan budaya, merapatkan jurang kebudayaan serta mempromosikan diplomasi kebudayaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Masih Pilihan Rakyat Di Kepala Batas

11/04/2018
0

KEPALA BATAS - UMNO Pulau Pinang yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas dalam pilihan raya umum...

Tiada Pihak Ketiga Pengaruhi Perbicaraan Kes Jong-nam

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga mempengaruhi perjalanan perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi warga Korea Utara, Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd