• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Mangsa Terkandas Di Gunung Gagau Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Enam mangsa terakhir yang terkandas di Gunung Gagau, Tasik Kenyir di sini telah dijumpai dan selamat dibawa turun hari ini.

Kesemua mangsa terdiri daripada kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) Seksyen Topografi Wilayah Timur itu selamat tiba di Pengkalan Gawi pada 9.15 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Nor Mahathir Mohammad berkata pasukan penyelamat menemui mangsa dalam keadaan keletihan pada kira-kira 6 petang semalam di satu tapak perkemahan di Sungai Chicir.

Mereka berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Keadaan cuaca semalam yang gelap dan mangsa yang keletihan menyebabkan mereka terpaksa bermalam satu malam lagi di situ,” katanya kepada Bernama sambil menambah mangsa telah kehabisan makanan sejak semalam.

Kumpulan itu dilaporkan memasuki kawasan pergunungan itu pada 5 Dis lepas untuk melakukan kerja-kerja mengukur sempadan Terengganu/Kelantan dan menyiapkan tugasan pada 14 Dis, sebelum dijadual pulang pada 19 Dis.

Semalam, 19 mangsa lain yang turut terkandas di gunung tersebut sejak beberapa hari lalu diselamatkan. – BERNAMA

Tags: gunung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jutawan Nak Beli Gunung RM63 Juta!

10/02/2019
0

JIKA ditanya apakah yang anda akan lakukan jika anda seorang jutawan, anda mungkin mahu membelikan sebuah rumah untuk ibu bapa...

Empat Pendaki Maut Cuba Tawan Nevado Mateo

10/01/2019
0

LIMA - Tiga pendaki gunung dari Sepanyol dan jurupandu tempatan terbunuh ketika mendaki puncak bersalji di Andes, kata pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd