• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makkal Sakti Gesa Polis Siasat Kes Usir Penduduk

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pergerakan Makkal Sakti Malaysia menggesa agar siasatan dijalankan terhadap pemaju yang didakwa mahu mengusir penduduk Kampung Kastam tanpa sebarang ganti rugi atau pampasan bagi memberi laluan kepada projek perumahan di kawasan itu.

Presidennya Datuk Seri R. S Thanenthiran yang mewakili kumpulan penduduk itu berkata tindakan tersebut merupakan satu penganiayaan terhadap penduduk yang telah menetap di kampung berkenaan sejak 70 tahun lalu.

Sehubungan itu pihaknya bersama Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Kampung Kastam membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, bagi membolehkan pihak berkuasa memulakan siasatan.

Beliau bersama kira-kira 100 penduduk kampung itu juga berkumpul secara aman di IPD berkenaan bagi membantah tindakan pihak pemaju yang mahu merobohkan kediaman kira-kira 35 keluarga di kawasan berkenaan.

“Penduduk tahu dari segi undang-undang mereka harus akur dan segera berpindah, namun pihak pemaju perlulah prihatin, berikan pampasan atau sediakan kediaman baharu untuk mereka atas dasar prihatin,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu beliau turut mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk campur tangan dan membantu menyelesaikan masalah rakyat di kampung berkenaan bagi membuktikan DAP benar-benar mengamalkan pentadbiran yang cekap, telus dan akauntabiliti (CAT). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri R. S Thanenthiran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Makkal Sakti Buat Laporan Polis Terhadap Tun M

09/04/2018
0

BUTTERWORTH - Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini membuat empat laporan polis terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa mengucapkan...

Kementerian Pendidikan Digesa Periksa Pendawaian

20/09/2017
0

PETALING JAYA - Presiden Yayasan Sakti Datuk Seri R.S Thanenthiran menggesa Kementerian Pendidikan supaya mengarahkan agensi berkaitan mengadakan pemeriksaan menyeluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd