• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Ola Bola Juga Perlu Hadiri Uji Bakat – Tiara

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHAD lepas, berlangsungnya satu uji bakat untuk pemilihan pelakon teater muzikal, Ola Bola The Musical yang diadakan di Enfiniti Academy, Kota Damansara, Selangor.

Ia mendapat sambutan luar biasa apabila seramai 249 orang yang hadir untuk menyertai uji bakat tersebut.

Puan Sri Tiara Jacquelina yang juga pengarah teater Ola Bola The Musical mengakui pelakon filem yang pernah membintangi filem Ola Bola suatu ketika dahulu perlu menjalani uji bakat sama seperti pelakon baharu.

Menurutnya, berlakon di depan kamera ada beza dengan berlakon secara live di hadapan ribuan orang. Oleh itu, keupayaan dan kebolehan pelakon-pelakon ini harus diuji.

Betul juga kata Tiara tu, sebab kalau live memang tak akan retake atau reshoot sesuatu scene itu. Jadi para pelakon perlu mengingati skrip, tarian dan nyanyian selain perlu berada dalam keadaan sedia sepanjang masa.

“Berlakon di dalam filem atau depan kamera tidak sama apabila mereka perlu berlakon di atas pentas yang besar tanpa boleh silap sedikit pun.

“Sebenarnya jika seorang pelakon itu sudah puluhan tahun berlakon di hadapan kamera sekalipun, belum tentu mereka boleh berlakon teater di atas pentas,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Teraju utama filem Puteri Gunung Ledang ini juga ada memuat naik satu posting di laman Instagramnya. Dia berterima kasih kepada semua yang hadir uji bakat dan tidak menyangka akan mendapat sambutan sehangat itu.

To all of you who took the trouble to come for today’s #OlabolaMusical auditions, I’d just like to say a huge thank you to all 249 of you from the bottom of my heart. Kami tak pernah jangkakan seramai itu akan hadir, sampai sessi Audition cuma berakhir pada pukul 11 malam🙈 What made it even more special was, seeing how #OlaBola, even in auditions, brought together talents from all different racial backgrounds – Malay, Chinese, Indian, Eurasian, Sabahan and Sarawakian too – not to mention some from Singapore as well.

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina) on Aug 20, 2017 at 11:01am PDT

Tiara juga menyatakan teater muzikal ini memerlukan mereka, pelakon-pelakon untuk menyanyi dan juga menari sekaligus memerlukan energy yang luar biasa supaya dapat memberikan yang terbaik.

“Tenaga yang diperlukan juga berbeza, mereka perlu ada energy yang luar biasa untuk berlakon secara live di hadapan beribu penonton yang hadir.

“Tambah pula ia merupakan teater muzikal, jadi mereka bukan sahaja perlu pandai berlakon malah perlu ada bakat dalam nyanyian dan tarian.

“Jadi ada sebab mengapa saya panggil pelakon-pelakon asal filem ini untuk diuji bakat dahulu sebelum dipilih menyertai pementasan muzikal ini,” ujarnya.

Uji bakat yang berlangsung sehingga ke lewat malam itu menyaksikan ramai peserta dan juga pelakon yang hadir termasuklah kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun.

Antara pelakon yang turut serta uji bakat ini ialah Arja Lee, Ammar Titan selain pelakon-pelakon utama Ola Bola seperti Lim Jian Wen, Taufiq Hanafi dan Luqman Hafidz. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: ola bolaOla Bola The Musicaltiara jacquelina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kegemilangan Harimau Malaya Di Istana Budaya

11/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Menjayakan babak perlawanan bola sepak untuk pementasan teater bukanlah sesuatu yang mudah, namun di OlaBola The Musical,...

Tiara Jacquelina Bakal Arah Muzikal OlaBola

17/05/2017
0

JIKA anda telah menonton dan menyukai filem OlaBola, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton adaptasi filem tersebut di atas pentas teater tahun hadapan. Dibawakan oleh Enfiniti,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd