• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Tulang Berselerak Bongkar Rahsia Empunya

oleh
22/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penemuan beberapa tulang berselerakan dekat Kampung Paya Rambai di sini petang semalam, mencetuskan misteri dalam kalangan penduduk kerana disyaki milik manusia.

Namun rahsia itu akhirnya terjawab apabila ujian forensik mendapati ia sebenarnya tulang milik seekor kambing yang mungkin dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab atau dimakan haiwan liar.

Pengesahan proses bedah siasat tersebut dibuat selepas ujian berjaya dilakukan oleh Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata tulang terbabit ditemui seorang lelaki berusia 50 tahun berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan polis pada pukul 7.05 malam.

Sebaik menerima laporan, anggota unit peronda (MPV) dan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bergegas ke lokasi penemuan.

Menurut laporan portal Berita Harian, polis menemui rangka tulang bahagian belakang, paha dan rusuk di atas tanah pada jarak 15 meter dari rumah pengadu.

“Keadaan tulang dipercayai sudah lama dan ia dibawa ke Unit Forensik Hospital HRPZ II sebelum disahkan ia adalah tulang kambing,” katanya ketika ditemui di IPK, Kota Bharu, hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: forensiktulang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zayn Rayyan Mati Dijerut, Dubur Koyak Bukan Lemas – Pakar Forensik

Zayn Rayyan Mati Dijerut, Dubur Koyak Bukan Lemas – Pakar Forensik

08/04/2025
0

PETALING JAYA: Kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin meninggal akibat dijerut kemungkinan menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal dan...

Pasukan Forensik Bomba Turut Guna K9 Siasat Kebakaran Flat Sri Sabah

Pasukan Forensik Bomba Turut Guna K9 Siasat Kebakaran Flat Sri Sabah

12/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd