• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Pendaki Cuba Tawan Puncak Gondorogo-La

oleh Ahmad Albab
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sembilan pendaki Malaysia berlepas ke Skardu, Pakistan hari ini bagi melaksanakan ekspedisi pendakian Gunung K2 dan Puncak Gondorogo-La sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60.

Dikenali sebagai ‘XPDC Merdeka Day’, ekspedisi selama 17 hari sehingga 17 September itu dilepaskan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Diketuai oleh Nor Afende Aminudin, XPDC Merdeka Day turut disertai Haifz Ithnin; Zuraila Abd Jalal; Mohd Izzat Mohd Zin; Muhammad Azham Ab Hamid; Maznah Baba; Khairul Nizam Minhat; Muhammad Eddy Muhammadin dan Muhammad Hakim Mat Daud.

Peserta ekspedisi akan membawa Jalur Gemilang untuk mendaki ke Kem Induk Gunung K2 dan Puncak Gondorogo-La, yang masing-masing berketinggian 5,650 meter dan 5,585 meter dari aras laut, sebelum mengibarkannya di puncak pada malam kemerdekaan.

Mas Ermieyati berkata ekspedisi anjuran Malaysia Backpakers (MBP) itu juga akan melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial dengan memberi sumbangan peralatan sekolah kepada sebuah sekolah di kawasan Skardu, bertujuan menyokong aktiviti pendidikan dalam kalangan murid-murid di kawasan pergunungan.

Beliau berkata ekspedisi itu juga menggambarkan ‘kemerdekaan’ rakyat Malaysia yang mampu merentasi negara ke negara asing untuk aktiviti sukan lasak, khasnya pendakian gunung.

“Aktiviti tanggungjawab sosial yang bakal mereka lakukan juga suatu yang positif kerana mampu mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Pakistan yang tahun ini menyambut ulang tahun ke-52 hubungan diplomatik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati Samsudinpendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd