• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Skrip Siap Dulu, Baru Tahu Arah Tuju Drama” – Sheila

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA beberapa hari lepas sutradara terkenal, David Teo ada mengatakan bahawa karya yang baik mampu menaikkan nama pelakon.

Namun kali ini, penerbit drama popular tanah air, Sheila Rusly pula berpendapat skrip yang lengkap mampu memandu arah kepada aspek lain dalam penghasilan sesebuah drama.

Sebelum penghasilan dan penyusunan cerita untuk sesebuah drama dibuat, dia memerlukan skrip yang lengkap terlebih dahulu. Berbeza dengan sesetengah pengarah mahupun produser lain yang mampu menghasilkan drama tanpa skrip lengkap.

“Saya dan Jinggo tak hebat seperti pengarah, produser di luar sana yang boleh menghasilkan drama tanpa skrip penuh.

“Bila nak buat drama, benda paling penting skrip kena siap terlebih dahulu kalau tak lengkap, saya tak boleh nak rancang apa nak buat dengan cerita itu.

“Sebab itu, saya perlu skrip lengkap. Barulah penerbit tahu arah tuju drama serta bajet dan pelakon yang sesuai,” kata Sheila dipetik laporan mStar Online.

Wanita berusia 46 tahun ini turut menyatakan perancangan serta susunan kerja itu melibatkan seluruh produksi JS Pictures Sdn. Bhd. Rasanya betullah tu, kalau ada perancangan yang rapi, bukan ke kerja semua pihak lagi teratur dan senang.

“Apabila penulis bagi skrip kepada saya akan lihat dulu dan perbaiki serta mencantikkan apa yang patut.

“Kemudian, suami akan buat semakan kali terakhir sebelum bagi kepada penolong pengarah untuk menyusun jalan cerita dan jadual pelakon.

“Artis pula kena baca skrip sampai habis sebelum datang untuk berbincang tentang watak masing-masing,” ujarnya.

Sekarang, pengacara rancangan popular Ketuk-Ketuk Ramadan itu sedang sibuk dengan pengambaran drama terbaru terbitan syarikatnya. Drama Dekatkan Jarak Kita itu turut dibintangi Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Nadia Brian dan Wan Sharmila dan akan bersiaran di kaca televisyen pada 8 November nanti.

Sheila dan Jinggo kini lebih selesa bergandingan bersama di bawah syarikat produksi mereka walaupun kadang-kala bercanggah pendapat. Biasalah tu, kadang-kadang dari percanggahan pendapat tu akan muncul idea yang bernas.

Sebagai pasangan suami isteri, Jinggo dan isterinya harus mengasingkan antara kerja dan juga kehidupan peribadi selain perlu menjadi professional antara satu sama lain.

“Tipulah kalau cakap kami berdua tidak pernah bergaduh. Boleh katakan selalu juga bercanggah pendapat.

“Tapi kena asingkan kerja dan kehidupan peribadi. Kat lokasi penggambara, kami bekerja sebagai rakan kongsi tapi di rumah, saya suami dan dia isteri,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: sheila rusly
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheila Terpaksa Tangguh ‘Dekatkan Jarak Kita Raya’

14/05/2018
0

HASRAT penerbit dan pengarah, Sheila Rusly untuk menerbitkan drama popular Dekatkan Jarak Kita bagi edisi raya terpaksa dibatalkan selepas pelakon...

Marahkan Izreen, Jurusolek Turut Kena Tempias!

29/03/2018
0

SEORANG demi seorang menjadi mangsa kecaman akibat memuat naik gambar bersama-sama selebriti kontroversi, Izreen Azminda. Baca: Jemput Izreen, Sheila Rusly Teruk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd