• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Joy Revfa Belum Bercerai Masa Nikah Hafiz

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI satu igauan ngeri, kini semakin bertubi-tubi dugaan hadir dalam perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa.

Mengeruhkan lagi keadaan, tular sejak semalam (Isnin) di media sosial apabila surat cerai Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, dengan bekas suaminya tersebar.

Menerusi surat yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand, tarikh perceraian perkahwinan pertama itu adalah pada 13 Julai lalu.

Perkara ini sekali gus menjelaskan secara teknikalnya Joy masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.

Secara tidak langsung juga, surat itu menjelaskan permasalahan sebenar yang berlaku dalam perkahwinan pasangan itu.

Minggu lalu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas mendakwa Hafiz meragui status pernikahan mereka.

Sehubungan itu, Hafiz, 33, menerusi Instagram miliknya pada malam Isnin memberitahu akan memberi kenyataan berhubung isu itu pada hari ini (Selasa).

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Joy merupakan ibu kepada seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun, hasil perkahwinan terdahulu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis berceraihafiz hamidunjoy revfa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zarina Anjoulie Bercerai Selepas 6 Bulan

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Hanya selepas enam bulan berkahwin, pelakon Zarina Anjoulie, 34, bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar. Zarina atau nama...

Suami Dakwa Nadia Brian Curang Di Depan Matanya

15/12/2020
0

KUALA LUMPUR - "Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik hotel di Cyberjaya," kata suami kepada pelakon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd