• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Lawat Kawasan Bina Tembok AS-Mexico

oleh Ahmad Albab
22/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan melawat satu bahagian pagar sempadan antara Amerika Syarikat (AS) – Mexico di Arizona hari ini dalam usaha mendapatkan pembiayaan kongres untuk tembok yang ingin dibina, kata pegawai pentadbiran semalam.

Trump, yang berdepan halangan untuk memujuk Kongres yang dipimpin Republik bagi meluluskan pembiayaan projek yang dilihat sebagai tidak perlu, dijangka melawat kemudahan sempadan di Yuma, Arizona.

Kawasan sempadan di Yuma dianggap sebagai kisah kejayaan Peronda Sempadan AS berikutan aktiviti pencerobohan yang semakin perlahan akibat pembinaan kemudahan itu.

Ketika lawatannya, Trump akan diberi taklimat mengenai usaha Peronda Sempadan di rantau ini dan keperluan lebih banyak pembiayaan untuk pegawai imigresen dan sempadan melaksanakan hasrat presiden Parti Republikan itu untuk mengekang kemasukan pendatang haram, kata para pegawai.

Cadangan pembinaan tembok yang bertujuan menghalang kemasukan pendatang haram ke Amerika Syarikat, adalah satu daripada janji utama kempen 2016 Trump.

Beliau berjanji bahawa Mexico akan membayar kos pembinaan tembok, yang enggan dilakukan kerajaan Mexico sehingga menegangkan hubungan antara kedua-dua negara berjiran itu.

Sejak itu, Trump berkata beliau akan mencari jalan untuk Mexico membayar balik pembinaan tembok oleh AS tetapi Kongres perlu membiayainya terlebih dulu. – Reuters/BH ONLINE

Tags: mexico
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

Usahawan Mexico Dib*unuh Kartel Selepas Enggan Bayar Wang Perlindungan

01/01/2026
0

MEXICO: Seorang usahawan terkenal, Alberto Prieto, dilaporkan dib*unuh oleh kumpulan kartel selepas beliau enggan membayar yuran perlindungan yang dituntut oleh...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd