• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Welson, Schooling Cemerlang & 4 Rekod Baharu Dilakar

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat rekod baharu dicatatkan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil apabila acara renang membuka tirai hari ini.

Rekod baharu dicatatkan dalam acara 50m kuak lentang lelaki, 400m gaya bebas lelaki, 200m kuak lentang wanita dan 50m kuak kupu-kupu lelaki.

Tiga nama yang menjadi tumpuan iaitu perenang negara Welson Sim, perenang sensasi Singapura Joseph Schooling dan perenang wanita Vietnam Nguyen Thi Anh Vien menepati sasaran apabila masing-masing mengukir catatan masa baharu hari ini.

Welson, 20, meraih pingat emas dalam acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat 3:50.26s, sekali gus memadam rekod yang dibuatnya di temasya 2015 di Singapura iaitu 3:53.97s.

Menurut Welson, beliau amat berpuas hati dengan catatan masa yang dilakukannya walaupun yakin mampu membuat yang lebih baik jika ada perenang yang memberikan saingan di 100 meter atau 200 meter menuju garisan penamat.

“Aksi saya sangat cemerlang hari ini. Renangan saya jauh lebih pantas daripada yang biasa saya lakukan mungkin disebabkan saya gugup pada awalnya tetapi saya berjaya juga merangkul emas.

“Ini adalah masa terbaik saya. Seperti yang saya nyatakan, saya sedikit gugup. Mungkin saya boleh berenang lebih pantas jika ada yang memberi saingan kepada saya pada jarak terakhir 100m dan 200m,” katanya.

Welson sebelum ini pernah mengejutkan juara Olimpik 2016, Mack Horton dari Australia di Mare Nostrum Tour di Monaco apabila meraih emas dengan memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 3:49.48s pada Jun lepas.

Welson akan turun beraksi dalam acara 4x100m gaya bebas lelaki esok, sebelum kembali menggegarkan kolam Pusat Akuatik Nasional pada Rabu dalam acara 200m gaya bebas.

Aflah Fadlan Prawira dari Indonesia mencatat masa 3:54.15s untuk meraih pingat perak manakala Nguyen Huu Kim Son dari Vietnam meraih gangsa dengan catatan 3:54.20s.

Sementara itu, pemenang pingat emas acara 50m kuak lentang lelaki, dari Indonesia I Gede Siman Sudartawa meraih emas selepas merekod masa 25.20s.

Catatan itu juga memperbaharui rekod Sukan SEA, 25.27s, yang dicatat perenang Singapura Quah Zheng Wen pada edisi lepas di Singapura manakala perenang Vietnam Nguyen Thi Anh Vien memadam rekod lama acara 100m kuak lentang wanita dengan catatan 1:01.89s, berbanding rekod lama milik Tao Li dari Singapura 1:02.11s yang dilakukan pada 2011.

Sementara itu, juara Olimpik Singapura, Joseph Schooling menepati ramalan selepas memperbaharui rekod Sukan SEA dalam acara 50m kuak kupu-kupu lelaki.

Beliau memadamkan rekodnya sendiri 23.49s, dengan catatan baharu 23.06s bagi meraih emas pertama beliau bagi acara renang KL2017.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini. Saya boleh katakan bermula dengan baik dan berharap boleh melakukan lebih baik sepanjang temasya ini.

“Saya rasa gembira dapat kembali semula ke Malaysia dan mempunyai pasukan besar yang menyokong saya,” kata pemenang pingat emas Olimpik Rio yang berusia 22 tahun ini.

Schooling akan menyertai acara 4x100m gaya bebas lelaki esok.

Beliau dijangka menyertai acara 100m kuak kuku-kupu, 100m gaya bebas, 4x200m gaya bebas dan 4x100m rampaian pada temasya dwitahunan itu. – BERNAMA

Tags: RenangSchoolingSukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017Welson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kizierowski Buat ‘U-turn’ Batal Latih Atlet Renang

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah berkira-kira hari menyambut ketibaan jurulatih baharu, badan induk itu terpaksa...

IPC Tarik Hak Penganjuran Malaysia

28/01/2019
0

LONDON - Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd