• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Peniagaan Tawar Diri Jadi Presiden Kafa

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn. Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim menawarkan diri mengisi kekosongan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang ditinggalkan oleh Tan Sri Annuar Musa.

Amir Ramadzan berkata kesediaannya itu berikutan tawaran yang dibuat secara terbuka oleh Setiausaha Agung Kafa Datuk Ismail Md Noor kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

“Ia bukan semata-mata mahu publisiti ke atas peluang yang ditawarkan oleh Kafa tetapi pengalaman sebagai penaja kepada Kafa sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kafa membuat tawaran secara terbuka kepada mana-mana individu berwibawa yang mahu memimpin badan induk itu dan pemilihan akan dibuat pada Kongres Agung Tahunan Kafa Ke-63 pada pertengahan September ini.

Beliau berkata kesudiannya menawarkan diri bagi jawatan tersebut bukan disebabkan oleh strategi perniagaan syarikatnya, sebaliknya lebih kepada mahu melihat perubahan kepada Kafa dan pasukan negeri kelahirannya sendiri.

“Urusan perniagaan biarlah urusan perniagaan, urusan persatuan biarlah urusan persatuan dan sekiranya saya berjaya diberikan tanggungjawab menerajui Kafa, jika syarikat saya mahu menaja Kafa, ia perlu mengikut syarat yang ditentukan oleh badan induk itu sendiri,” katanya.

Beliau mempunyai prinsip dan perancangan sendiri bagi melakukan perubahan kepada Kafa iaitu melihatnya secara menyeluruh sama ada tajaan, pengurusan dan pemain. – BERNAMA

Tags: KAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kit Siang Beri Harapan Palsu Kepada Penyokong

Next Post

Kehebatan Sultan Mizan Demi Negara & Sifat Rendah Diri

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Kehebatan Sultan Mizan Demi Negara & Sifat Rendah Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd