• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dipelawa Bekal Pakaian Seragam Sekolah

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Lebih banyak peniaga dipelawa menjadi pembekal pakaian seragam sekolah di bawah Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah yang dilaksanakan Yayasan Sarawak, kata pengarahnya, Azmi Bujang.

Beliau berkata peniaga boleh ke Pejabat Residen terdekat untuk didaftarkan sebagai pembekal dalam usaha menambah pilihan bagi penerima bantuan untuk mendapatkan pakaian seragam sekolah masing-masing.

“Pemilik perniagaan perlulah mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional kerana bayaran akan dibuat oleh bank itu dan mereka tidak perlu bimbang tentang kelewatan bayaran kerana wang akan dimasukkan ke dalam akaun mereka apabila mereka membuat tuntutan pembayaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bagi mengkaji semula pelaksanaan program itu di sini hari ini.

Setakat ini, 10,882 atau kira-kira 55 peratus daripada baucar program bantuan pakaian seragam sekolah yang dikeluarkan kepada kesemua 12 pejabat residen di Sarawak telah diagihkan kepada pelajar yang dikenal pasti melalui sistem e-Kasih atau Pejabat Pendidikan Daerah.

Pelajar kurang berkemampuan menerima baucar RM200 seorang untuk membeli pakaian seragam sekolah di kedai berdaftar.

Azmi berkata pelajar yang terjejas oleh bencana seperti banjir dan kebakaran juga boleh memohon bantuan daripada sekolah masing-masing, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Daerah atau Pejabat Residen. – BERNAMA

Tags: Azmi Bujang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd