• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadium Luncur Ais Kebangsaan Bertaraf Dunia

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebagai sebuah negara Khatulistiwa yang tidak mungkin dihujani salji, ia bukanlah halangan buat Malaysia untuk membina kemudahan sukan musim sejuk dan menganjurkan sukan itu pada temasya Sukan SEA ke-29 yang sedang berlangsung ketika ini.

Selaku tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Malaysia melakar sejarah dalam temasya sukan itu yang berlangsung setiap dua tahun sejak 58 tahun lalu apabila sembilan pingat emas dipertandingkan yang melibatkan enam emas acara luncur ais ‘short track speed skating’, dua emas acara luncur ais ‘figure skating’ dan satu emas dalam acara hoki ais.

Venue acara itu terletak di pusat membeli-belah Empire City di Damansara Perdana yang khas dibina untuk sukan ais pada temasya dwitahunan itu bukan sahaja menjadi tumpuan orang ramai, malah mendapat pujian jurulatih dan pemain luar negara.

Jurulatih hoki ais Singapura, Robert Martini menyifatkan Stadium Luncur Ais Kebangsaan (MyNISS) yang baru dibina itu antara yang terbaik di rantau ini.

“Ia sangat cantik dan sudah pasti antara yang terbaik di rantau ini yang pernah saya lihat. Kemudahan yang disediakan juga sangat selesa,” katanya ketika ditemui Bernama.

Jurulatih dari Kanada itu memuji Malaysia atas usaha yang diambil bagi menyiapkan venue sukan itu sekali gus membantu menghidupkan sukan berkenaan di rantau Asia.

Venue dengan kapasiti kira-kira 500 penonton bagi sukan musim sejuk itu dirasmikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, semalam.

Jurulatih hoki ais Indonesia Khia Peng Tan pula berkata venue luncur ais tersebut boleh dikatakan bertaraf antarabangsa.

“Gelanggang bertaraf dunia, walaupun ia baru dibina tetapi ia sangat baik,” katanya.

Ketua pasukan hoki ais Thailand Tewin Chartsuwan turut berkongsi pandangan yang sama dengan menyatakan gelanggang ais yang mempunyai empat bilik berpakaian besar, bilik untuk pegawai dan jurulatih itu boleh dikategorikan bertaraf antarabangsa.

“Permukaan ais licin dan kami dapat beraksi dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, jurulatih skuad hoki ais negara Kristif Kovago menjelaskan bukan mudah untuk mengekalkan ais dalam gelanggang hoki ais di negara yang bercuaca panas dengan kira-kira 27 darjah celsius.

“Banyak tempat yang saya telah pergi dan MyNISS merupakan antara yang tercantik,” kata jurulatih dari Hungary itu.

Acara hoki ais bermula semalam hingga 24 Ogos dengan perlawanan liga sepusingan antara Malaysia dan Indonesia menjadi aksi pembukaan di MyNISS. Acara luncur ais ‘short track speed skating’ akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos manakala acara luncur ais ‘figure skating’ pada 26 dan 27 Ogos. – BERNAMA

Tags: Luncur Ais
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gerakan Dedah Surat Bantah Kilang Haram Kepada LGE

Next Post

Apakah Zakaria Dijadikan Korban Skandal FGV?

Related Posts

ISAM Peroleh Suntikan Semangat Daripada BMW

22/06/2017
0

PUTRAJAYA - Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) hari ini menerima suntikan semangat daripada pengeluar kenderaan premium, BMW dalam persediaan menghadapi Sukan SEA, Ogos ini. "Kerjasama...

Next Post

Apakah Zakaria Dijadikan Korban Skandal FGV?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd