• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Skuad Negara Belasah Filipina 16-0

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad hoki dalam dewan lelaki negara melaungkan amaran awal kepada pasukan lain, apabila membuka saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (Kl2017) dengan membelasah Filipina 16-0 hari ini.

Skuad negara hanya memerlukan empat minit untuk berada di hadapan, selepas membuka jaringan menerusi pukulan sudut kapten pasukan, Muhammad Najib Abu Hassan dan gol padang Mohd Shafiq Yaacob di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Pasukan yang terdiri daripada pemain skuad pembangunan itu, terus memburu peluang untuk kekal selesa di hadapan dengan jaringan 7-0 pada penghujung babak pertama, sebelum mengesahkan kemenangan dalam acara yang dipertandingkan buat kali pertama di Sukan SEA.

Mohd Shafiq beraksi dengan cemerlang apabila menjadi penjaring terbanyak perlawanan, dengan menjaringkan tiga gol padang pada minit keempat, ke-14, dan ke-40, serta jaringan pukulan sudut pada minit ke-28.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, jurulatih Mohd Amin Rahim berkata pemain agak gementar pada awal perlawanan kerana kali pertama beraksi dalam dewan yang penuh dengan penyokong, sebelum menguasai perlawanan selepas itu.

“Keputusan ini memang sudah dijangka dan perlawanan ini lebih kepada meningkatkan keyakinan pemain sebelum bertemu dengan pasukan yang lebih kuat seperti Thailand dan Indonesia.

“Apa yang penting bagi saya ialah kita harus menang setiap perlawanan untuk mara ke final dan memastikan emas itu menjadi milik kita,” katanya.

Malaysia seterusnya akan bertemu Vietnam pada malam ini, sebelum mengharungi cabaran getir menentang Thailand esok, Indonesia pada Rabu sebelum menamatkan saingan round robin menentang Singapura pada Khamis.

Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke perlawanan akhir, manakala pasukan di kedudukan ketiga dan keempat akan beraksi di perlawanan penentuan pingat gangsa yang dijadualkan pada Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: hokiSukan SEA KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd