• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya 146 Penduduk Kempas Miliki Geran Tanah

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HASRAT 146 penduduk dari empat kampung di sini memiliki geran tanah sendiri akhirnya tercapai apabila kerajaan negeri meluluskan permohonan mereka.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan berita gembira itu sewaktu berucap pada Program Meninjau Isu Kampung Permatang, Kempas di Dewan Permatang Kempas di Johor, hari ini.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Permatang 5, Kampung Lorong Aman, Kampung Lembah Murni dan Kampung Jalan Masjid dalam Parlimen Kempas.

“Sebelum ini, permohonan mereka mendapatkan hak milik (geran) telah ditolak atas pelbagai faktor. Namun, dalam mesyuarat exco minggu lalu, kita telah pun meluluskannya secara prinsip.

“Bagaimanapun sebelum pemberian hak milik, terdapat beberapa perkara akan dikaji termasuk menjadikan kawasan tanah mereka itu sebagai tanah rizab Melayu bagi mengelakkannya daripada dijual dan pada masa sama, kadar premiumnya tidak semahal tanah zon antarabangsa,” katanya.

Mohamed Khaled berkata tanah rizab Melayu di Johor ketika ini adalah 29 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri dan menjadikannya negeri paling tinggi memiliki tanah rizab Melayu.

“Saya harap pemberian geran dapat disempurnakan segera dan apabila sudah memilikinya nanti, jangan pula kita putus hubungan. Teruskanlah menyokong kerajaan demi kelangsungan kesejahteraan tuan-tuan dan puan-puan sekalian,” katanya.

Beliau menegaskan adalah menjadi dasar kerajaan negeri sekarang untuk memastikan setiap rakyatnya menjalani kehidupan lebih bermakna, bermaruah dan selari dengan pembangunan yang dilakukan. – BERNAMA

Tags: Geranhartanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

13,892 Perniagaan Terima Geran, Pinjaman Langganan Khidmat Digital

22/04/2022
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM92.9 juta telah disalurkan oleh kerajaan kepada 13,892 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan...

Permohonan Geran Kandungan Digital Dibuka Sehingga 30 April

21/04/2022
0

PETALING JAYA – Permohonan Geran Kandungan Digital (DCG) 2022 yang dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) bersama Perbadanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd