SEMALAM kecoh di laman Twitter apabila tular satu posting tentang ucapan hari lahir si isteri yang diberikan suaminya. Yang menjadikannya luar biasa ialah ucapan itu dibuat sewaktu rakyat Malaysia sedang meraikan majlis perasmian Sukan SEA ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.
Sudah pasti setiap orang mahu menggembirakan hati yang tersayang lebih-lebih lagi hari penting dan istimewa dalam hidupnya. Tidak kurang juga lelaki yang dikenali sebagai Wan Zainal telah memberikan ucapan hari lahir isterinya dengan berlatarbelakangkan kemeriahan rakyat Malaysia di stadium itu.
Posting Facebook Wan Zainal itu menjadi tular apabila anaknya telah memuatnaik post berkenaan ke laman Twitternya dan dalam masa kurang dari 24 jam posting berkenaan telah mendapat lebih kurang 27 ribu retweet dan 18 ribu like.
it was my mum’s birthday yesterday and my parents went to the SEA games opening ceremony so this was my dad’s caption 😂 pic.twitter.com/3CYjGB8Rbh
— d (@appleisdabomb) August 20, 2017
“Selamat hari lahir kepada pasangan hidup saya. Pada kesempatan ini saya menjemput 80,000 orang untuk meraikannya bersama kami. Agung, Perdana Menteri, menteri-menteri, dan tetamu VVIP yang lain turut berada di sini. Malah, banyak negara Asean lain menghantar wakil mereka untuk menghadiri majlis ini. Kami mengadakan pertunjukan termasuk pertunjukan bunga api, di mana kami telah berlatih selama berbulan-bulan. Bos saya ada di sini dan pasukan teknikal saya dari #edotco dan semua syarikat telekomunikasi juga berada di sini untuk memastikan kita mempunyai rangkaian mudah alih yang baik supaya saya dapat menulis post ini. Selamat hari jadi Mommy!” tulis Wan Zainal di Facebook miliknya.
Apa yang dilakukan oleh Wan Zainal itu agak sweet dan terselit unsur jenaka kerana caption yang ditulisnya itu mencuit hati.
Mana taknya, dalam caption tersebut mengatakan Wan Zainal telah menjemput 80,000 orang untuk sama-sama menyambut hari lahir isterinya termasuk barisan pemimpin negara seperti Raja, Perdana Menteri, barisan Menteri dan juga tetamu-tetamu VIP yang lain.
Rata-rata pengguna Twitter geli hati dengan caption tersebut dan ramai juga yang mendoakan kebahagian pasangan ini.
Terdahulu, tular gambar seorang anggota polis pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis Diraja Malaysia yang dikenali sebagai Zarith Aqilah. Disebabkan rupa parasnya yang menarik itu, ramai di antara pengguna-pengguna Twitter seakan-akan mahu memikatnya.

Macam-macam gelagat dapat disaksikan sepanjang Sukan SEA ini berlangsung. Tidak kiralah ucapan birthday pada Majlis pembukaan Sukan SEA, polis wanita yang sedang bertugas juga mendapat perhatian kerana wajahnya yang cantik itu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim