TUDUNG tak betullah, sengetlah kalau pakai spec.., trend la pakai contact lens sekarang.. Itu adalah antara sebab kenapa kanta lekap semakin popular dalam kalangan masayarakat lagi-lagi wanita.
Tapi, tahukah anda contact lens juga merupakan senjata pembunuh mata kita?
Haaa…kalau tak nak jadi apa-apa yang buruk dekat mata kita, anda semua mestilah ambil kisah dengan cara penggunaan kanta lekap yang betul. Jangan sampai makan diri ya..
Kalau nak cantik dengan kanta lekap, jangan sampai pakai lama-lama ya. Maksimum 10 jam sehari. Ini kerana pemakaian kanta lekap yang lama membuatkan bebola mata hitam kekurangan oksigen yang diperlukan. Sebab itu kita dengar macam-macam kes yang melibatkan kanta lekap.

Sudah menjadi trend ramai yang mengenakan kanta lekap lekap hiasan untuk kelihatan cantik. Tetapi, sebenarnya ia sangat bahaya kerana boleh memberi kesan buruk kepada kornea mata seperti ulser kornea, lelasan kornea, masalah penglihatan dan juga kebutaan jika tidak dijaga dengan baik.
Menurut Setiausaha Majlis Optik Malaysia (MOC), Nor Azizah Ismail menerusi laporan portal akhbar tempatan, bukan semua orang sesuai memakai kanta lekap. Justeru itu, mereka haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar optometri sebelum memakainya.
“Sebelum membuat pembelian, pastikan penjual kanta lekap adalah penjual sah yang telah mendapat lesen daripada pihak berkuasa.
“Elakkan membeli di pasar malam atau atas talian dan paling utama, pastikan kanta lekap sesuai dengan mata.
“Kanta lekap boleh diibaratkan seperti kasut yang perlukan saiz sesuai bukan saja untuk keselesaan tetapi juga keselamatan mata. Jika terlalu longgar kanta lekap mudah terjatuh dan jika terlalu ketat, oksigen tidak dapat masuk ke dalam mata dan jika dipakai berterusan boleh menyebabkan masalah penglihatan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar.
Walaupun ingin kelihatan cantik dengan kanta lekap yang pelbagai warna, kebersihan kanta lekap juga harus diutamakan. Menurut Azizah lagi, kanta lekap tidak seharusnya diletakkan atau disimpan di dalam tandas kerana terdapat banyak mikrob berbahaya yang boleh menyebabkan infeksi mata.
Jadi, kepada pengguna dan pemakai kanta lekap di luar sana, jangan lupa amalkan empat amalan ini:
1. Fiting (mengukur)
2. Dispensing (memberikan kanta lekap dengan nasihat)
3. After care check-up (pemeriksaan selepas penggunaan)
4. Replenishment (prosedur tambahan)
Nak cantik pun, kebersihan dan penjagaan mata jangan diabaikan ya! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim