• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Warga Malaysia Cedera Rempuhan Van Barcelona

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden rempuhan van di Las Ramblas, Barcelona pada Khamis petang yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 100 orang.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Malaysia berdiri teguh bersama-sama masyarakat antarabangsa dalam mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang dianggap kejam itu.

Wisma Putra turut melahirkan rasa simpati kepada seluruh anggota keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang berada di bandar raya itu dan memerlukan bantuan konsular diminta berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di alamat Kedutaan Besar Malaysia, Madrid, Avenida de Madronos, No. 63-Bis 28043, Madrid, Sepanyol atau menghubungi +(34) 91 555 0684/91 555 0737 atau menerusi e-mel ke [email protected].

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa sambil menyifatkan serangan itu sebagai keji.

Laporan media menyebut insiden itu berlaku selepas sebuah van merempuh orang ramai di tengah-tengah bandar raya Barcelona dan sejurus berlaku, kumpulan penyerang itu lari meninggalkan van berkenaan.

Berikutan itu, pihak berkuasa keselamatan Sepanyol telah melancar operasi khas memburu mereka yang terlibat sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai serangan pengganas.

Reuters yang memetik seorang jurucakap polis wanita Catalan melaporkan polis menembak mati empat penyerang di Cambrils, selatan Barcelona, dan seorang lagi cedera parah ekoran operasi dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Serangan di Barcelona itu adalah yang paling buruk berlaku di Sepanyol sejak letupan bom di Madrid pada 2004 yang mengorbankan 191 orang. – BERNAMA

Tags: rempuhan van
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Insiden Rempuhan Van

21/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden rempuhan van berdekatan Masjid Finsbury Park, di Utara London awal hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd