• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IS Tawan Juruterbang Jordan Selepas Pesawat Terhempas

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Kumpulan IS menawan seorang juruterbang Jordan selepas pesawat tempur daripada pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) itu terhempas dalam misi menentang kumpulan itu di Syria.

Seorang pegawai kanan tentera Jordan berkata, juruterbang itu dijadikan tebusan oleh “pertubuhan pengganas IS” di wilayah Raqa.

Menurut laporan kumpulan jihad dan aktivis kepada Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu.

Bagaimanapun, tentera AS menolak dakwaan itu dengan berkata “bukti jelas menunjukkan kumpulan ISIL (IS) tidak menembak jatuh pesawat berkenaan”.

Sementara itu, US Central Command, badan yang menyelia misi ketenteraan di Iraq dan Syria, tidak memberi sebarang alasan berhubung nahas itu tetapi mengesahkan militan IS menawan juruterbang pesawat Jordan yang terhempas itu.

Kejadian itu adalah yang pertama sejak serangan udara ke atas IS bermula di Syria pada September lalu. – AFP

Tags: ISpesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd